
BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 16 February 2023 – The start of the 39th National Day celebrations was initiated with the National Flag Hoisting ceremony in the capital. The raising of the national flag was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad, Minister of Culture, Youth and Sports.
The national flag was raised by 20 personnel from the Royal Brunei Navy led by Lieutenant Junior Grade Sylvester Cyrillyond bin Liming, RBN, in the vicinity of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.
The theme for this year’s 39th National Day celebration is Menjayakan Wawasan Negara, in line with the nation’s aspirations of Brunei Vision 2035. The RBN is honoured to be an integral part of this tradition.


UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-39
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari 2023 – Upacara menaikkan bendera menandakan permulaan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 telah berlangsung di Bandar Seri Begawan. Penaikan bendera ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Upacara menaikkan bendera telah dilaksanakan oleh 20 anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Leftenan Madya Sylvester Cyrillyond bin Liming, TLDB di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 bagi tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’, sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035. TLDB berbangga diberi penghormatan untuk meneruskan tradisi menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam.