BOLKIAH GARRISON, Saturday, 11 February 2023 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, today received a courtesy call from His Excellency Senior Lieutenant General Hoang Xuan Chien, Deputy Minister of National Defence, Socialist Republic of Viet Nam. His Excellency was part of the entourage of the Vietnamese Prime Minister Pham Minh Chinh, who is currently on an official visit to Negara Brunei Darussalam from 10th to 11th February 2023.
 
During the call, both Deputy Ministers of Defence took the opportunity to exchange views on current issues of mutual interest and discussed ways to strengthen defence and military relations between both countries. Brunei Darussalam’s Deputy Minister of Defence also took the opportunity to congratulate the Socialist Republic of Viet Nam for its successful and proactive ASEAN chairmanship in 2020 despite facing challenges and the effects of the COVID-19 pandemic.
 
Since the establishment of diplomatic relations on 29 February 1992, the bilateral relationship and cooperation between both countries, including in the defence area, have grown significantly. The defence ties include both bilateral interactions such as visits and exchanges as well as multilateral cooperation within the framework of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and the ADMM-Plus meetings.
 
Such active interaction between both sides is also hoped to directly enhance the bilateral defence relationship and uphold the aspirations of cooperation stated in the Memorandum of Understanding on Cooperation in Some Defence Fields signed by both countries on 16 November 2005.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN NASIONAL SOSIALIS REPUBLIK VIET NAM

BOLKIAH GARISON, Sabtu, 11 Februari 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, hari ini telah menerima kunjungan hormat dari Tuan Yang Terutama, Senior Lieutenant General Hoang Xuan Chien, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Sosialis Republik Viet Nam. Tuan Yang Terutama adalah merupakan sebahagian daripada rombongan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Pham Minh Chinh yang pada masa ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam dari 10 hingga 11 Februari 2023.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan kedua-dua belah pihak mengambil peluang bertukar pandangan mengenai isu semasa dan yang berkepentingan serta berbincang cara untuk memperkuatkan lagi hubungan dan kerjasama pertahanan dan ketenteraan antara kedua negara. Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam turut mengambil peluang menyampaikan ucapan tahniah kepada Republik Sosialis Viet Nam di atas kejayaan cemerlang dan pro-aktif mereka selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2020 di sebalik berdepan cabaran pandemik COVID-19. 

Sejak hubungan kerjasama diplomatik antara kedua buah negara ditubuhkan pada 29 Februari 1992, hubungan dan kerjasama dua hala termasuk dalam bidang pertahanan telah berkembang dengan baik. Hubungan pertahanan ini termasuk pertukaran lawatan dan perbincangan secara dua hala dan juga kerjasama di peringkat pelbagai hala khususnya yang berkaitan dengan ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus). 

Interaksi aktif di antara kedua pihak ini turut diharap akan dapat meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dalam mendokong aspirasi kerjasama seperti yang dinyatakan dalam Memorandum Persefahaman Kerjasama di Bidang-Bidang Pertahanan yang ditandatangani pada 16 November 2005 di antara kedua negara.