
BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 08 February 2023 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call from Colonel Thongvanh Sengvongchith, Defence Attaché of The Lao People’s Democratic Republic (PDR) today.
During the call, the Deputy Minister of Defence expressed his appreciation to Colonel Thongvanh Sengvongchith for the warm and friendly defence relations between Brunei Darussalam and Lao PDR, where both countries marks the 30th anniversary of diplomatic relations this year.
Defence relations between Brunei Darussalam and Lao PDR are strengthened through various frameworks, including exchanges of visits, training and courses, as well as interactions in various bilateral and regional defence platforms. Both countries equally continuously supports the defence cooperation initiatives under the ambit of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and its related meetings.
Colonel Thongvanh Sengvongchith is in Brunei Darussalam from 6th until 10th February 2023 to meet senior leaders of the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA ATASE PERTAHANAN LAO PEOPLE’S DEMOCRATIC REPUBLIC (PDR) YANG TIDAK MENETAP KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARRISON, Rabu, 08 Februari 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Thongvanh Sengvongchith, Atase Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Lao (PDR) yang tidak menetap ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menzahirkan penghargaannya kepada Kolonel Thongvanh Sengvongchith terhadap hubungan pertahanan yang baik dan mesra di antara Negara Brunei Darussalam dan Lao PDR di mana kedua-dua buah negara menandakan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-30 tahun ini.
Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan Lao PDR dikukuhkan melalui pelbagai rangka kerja termasuk pertukaran lawatan, latihan dan kursus, serta interaksi dalam pelbagai landasan pertahanan dua hala dan serantau. Kedua-dua buah negara juga menyokong pelbagai inisiatif kerjasama pertahanan di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan mesyuarat yang berkaitan.
Kolonel Thongvanh Sengvongchith sedang berada di Negara Brunei Darussalam dari 6 hingga 10 Februari 2023 yang antara lain bertujuan untuk membuat kunjungan hormat kepada peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.