
BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 7 February 2023 –
Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence today received a call from Yang Berhormat Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Minister of Defence Malaysia. Accompanying Yang Berhormat Minister of Defence of Malaysia was Yang Berbahagia General Dato Paduka Seri Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Chief of Defence Force, Malaysia Armed Forces (MAF).
During the call at The Empire Brunei, both sides reaffirmed their commitment to further strengthen the existing bilateral defence and military relations. Both sides also reiterated the intent to enhance cooperation in both defence and military sectors through various bilateral and multilateral platforms. To date, both defence and military institutions have collaborated at regional and international operations, specifically under the umbrella of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) and the International Monitoring Team (IMT) in Mindanao, Republic of the Philippines.
Following the call, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan and his delegation was hosted with a Welcoming Lunch by the Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence.
In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan at the Istana Nurul Iman.
Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan and his delegation arrived in Brunei Darussalam today for an official visit and will also depart this afternoon for Kuala Lumpur.


LAWATAN RASMI MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 7 Februari 2023 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan pada pagi ini menerima kunjungan muhibbah daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut serta dalam rombongan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia ialah Yang Berbahagia Jeneral Dato Paduka Seri Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semasa kunjungan muhibbah yang diadakan di The Empire Brunei, kedua-dua belah pihak telah menekankan komitmen untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala pertahanan dan ketenteraan yang sedia ada. Kedua-dua belah pihak turut mengulangi hasrat untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang pertahanan dan ketenteraan melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Sehingga kini, kedua-dua institusi pertahanan dan tentera telah berkerjasama pada peringkat serantau dan antarabangsa, khususnya dibawah rangka Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan
(UNIFIL) dan Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Mindanao, Republik Filipina.
Sejurus kunjungan tersebut, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan rombongan telah diraikan dengan Majlis Jamuan Tengahari yang dihoskan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan.
Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di Istana Nurul Iman.
Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan rombongan tiba di Negara Brunei Darussalam pada hari ini bagi lawatan rasmi dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur pada petang ini juga.