ISTANA NURUL IMAN, Tuesday, 7 February 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today received in audience Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, the Minister of Defence of Malaysia.


Accompanying Yang Berhormat Minister of Defence of Malaysia were Yang Berbahagia General Dato Paduka Seri Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Chief of Defence Force, Malaysia Armed Forces, His Excellency Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, and Yang Berusaha Mr Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Deputy Secretary General (Policy) Ministry of Defence Malaysia.
 


Brunei Darussalam and Malaysia have enjoyed a long history of defence cooperation since 14 February 1992 through the signing of a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation. As a result, bilateral defence relations have strengthened with cooperation and engagements in various fields such as defence agreements, professional exchanges at all levels, trainings and exercises throughout all major services, Land, Navy and Air from both Armed Forces.


Additionally, both countries cooperate on various multilateral platforms, which include the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) and the ADMM-Plus, as well as through international peacekeeping operations such as the International Monitoring Team (IMT) in Mindanao and United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). 


Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan and his delegation were in the country for a one-day official visit.


The audience ceremony took place at Istana Nurul Iman.



 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP YANG BERHORMAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA


ISTANA NURUL IMAN, SELASA, 7 FEBRUARI 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia. 


Menyertai Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia ialah Yang Berbahagia Jeneral Dato Paduka Seri Tan Sri Dato Sri’ Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tuan Yang Terutama Raja Dato’ Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, dan Yang Berusaha Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Malaysia.


Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai sejarah kerjasama pertahanan yang kukuh yang telah dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 14 Februari 1992. Hubungan pertahanan dua hala telah diperkukuhkan melalui kerjasama pertahanan di pelbagai bidang termasuk perjanjian-perjanjian pertahanan, pertukaran profesional di semua peringkat, latihan dan eksesais ketenteraan merentasi Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara kedua-dua belah pihak.


Kedua-dua buah negara juga bekerjasama dalam beberapa platform pelbagai hala, seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, serta melalui operasi pengaman antarabangsa iaitu Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) di Mindanao dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).


Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama satu hari. 


Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.