RIMBA CAMP, Friday 6 January 2023 – The Royal Brunei Armed Forces Military Cadets (RBAF Military Cadets) held a religious event today to celebrate their 52nd anniversary at the Royal Brunei Malay Reserve Regiment’s (RBMRR) Movement and Training Building.
Present as Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Awang Mohammad Irwan bin Yahya, Commanding Officer RBMRR. Also present were Major (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Deputy Commanding Officer RBMRR, Major Saleha binti Haji Alim, Officer Commanding RBAF Military Cadets, Mohammad Arif bin Abdul Hadi, Acting Head of Uniforms and Community Services, Department of Co-Curriculum Education (DCCE) from the Ministry of Education, Captain Dayangku Seri Nur’aizzah binti Pengiran Mohd Yamin, Adjutant of the RBMRR, cadet officers, instructors and supervising teachers.
The ceremony began with the recitation of
SurahAl-Fatihah, followed by the thanksgiving prayer led by Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, RBMRR religious teacher.
The Guest of Honour also took this opportunity to convey his appreciation and gratitude to the military cadets for their support in dealing with the last wave of COVID-19. This was followed by the handover of donations from RBAF Military Cadets members to two military cadet officers due to recent family bereavements.
The ceremony then continued with cutting the RBAF Military Cadet’s 52nd anniversary cake and concluded with a group photo.




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KADET TENTERA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE-52 TAHUN
KEM RIMBA, Jumaat 6 Januari 2023 – Kadet Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KT ABDB) telah mengadakan acara keagamaan bagi meraikan hari ulang tahun yang ke-52 pada hari ini di Bangunan Gerakan dan Latihan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB).
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel (U) Awang Mohammad Irwan bin Yahya, Pegawai Pemerintah ASMDB. Turut hadir ialah Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Haji Yussof, Timbalan Pegawai Pemerintah ASMDB, Mejar Saleha binti Haji Alim, Pegawai Memerintah KT ABDB, Mohammad Arif bin Abdul Hadi, Pemangku Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK) di Kementerian Pendidikan, Kapten Dayangku Seri Nur’aizzah binti Pengiran Mohd Yamin, Adjutan ASMDB, pegawai-pegawai kadet, jurulatih-jurulatih dan guru-guru pengawas KT ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, guru ugama terlatih ASMDB.
Tetamu kehormat juga turut berkesempatan untuk menyampaikan penghargaannya dan ucapan terima kasih kepada anggota-anggota KT ABDB atas sokongan yang diberikan dalam sama-sama menangani gelombang virus COVID-19 yang lalu. Ini diteruskan dengan penyerahan kutipan derma dari warga KT ABDB kepada dua orang pegawai kadet tentera yang baru kehilangan ahli keluarga terdekat.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara memotong kek Hari Ulang Tahun KT ABDB yang ke-52 dan diakhiri dengan bergambar ramai.