
BERAKAS, Thursday, 5 January 2023 –
The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) donated a total of BND$12,914.00 to the Pakistan Flood Relief Fund 2022 in a ceremony that took place at the Ministry of Culture, Youth and Sports today.
Presenting the donation on behalf of the RBAF was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF where he presented a mock-up cheque donation of BND$10,000.00 whilst Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration) Ministry of Defence presented a mock-up cheque donation of BND$2,914.00 on behalf of the Ministry of Defence. Both cheques were presented to Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports.
The donation is part of the Ministry of Defence and RBAF’s ongoing commitment and social responsibility to actively assist and help ease the burden of neighbouring countries in dealing with disasters.
The Pakistan Flood Relief Fund 2022 is a platform provided by the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to provide an opportunity for the public to donate financially in a direct and transparent manner as well as allow interested parties to organise charity and welfare activities to alleviate the burden faced by the victims of the flood in Pakistan since June 2022. It is open to the public for 3 months, from 15th October 2022 until 12th January 2023.


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENDERMA KEPADA DANA TABUNG KEMANUSIAAN BANJIR PAKISTAN 2022
BERAKAS, Khamis, 5 Januari 2023 - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyumbangkan bantuan berjumlah BND$12,914.00 kepada Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 di sebuah majlis bertempat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hari ini.
Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, telah menyerahkan
mock-up cheque berjumlah BND$10,000.00 bagi pihak ABDB manakala Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan telah menyerahkan
mock-up cheque berjumlah BND$2,914.00 bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kedua-duanya telah diserahkan kepada Yang Berhormat Dato Seri SetiaHaji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sosial berterusan pihak Kementerian Pertahanan dan ABDB untuk membantu meringankan beban negara-negara jiran dalam menangani bencana.
Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 merupakan sebuah platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan telus, serta bagi membolehkan pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan berkebajikan bagi meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Pakistan yang terjejas oleh banjir besar sejak Jun 2022. Tabung tersebut dibukakan kepada orang ramai selama 3 bulan bermula 15 Oktober 2022 hingga 12 Januari 2023.