BOLKIAH GARRISON, Wednesday 28 December 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received an introductory call from Her Excellency Ambra Dickie, High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam today. Also in attendance were the Acting Chief of Staff RBAF. 


 


During the call, the RBAF Commander congratulated Her Excellency on her appointment as the new High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam and expressed his appreciation for the contribution towards the longstanding friendship between Brunei Darussalam and Canada. Both sides also hoped the existing relationship would continue to flourish in various fields, particularly for both Armed Forces. This was evident in the most recent interactions during the Maritime Security Challenge (MSC) 2022 and Pacific Seapower Conference. The RBAF Commander then wished Her Excellency all the best for her tenure in Brunei Darussalam.


 


 


PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


 


BOLKIAH GARISON, Rabu 28 Disember 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan pengenalan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Staf ABDB.


 


Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB mengucapkan tahniah di atas perlantikan Puan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi Kanada yang baru ke Negara Brunei Darussalam dan mengungkapkan rasa penghargaan di atas hubungan dua hala yang rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada. Kedua-dua belah pihak juga berharap agar hubungan yang sedia ada ini akan terus berkembang dalam pelbagai bidang khususnya bagi kedua-dua buah Angkatan Tentera. Ini tertera semasa interaksi terkini yang telah dijalankan di Maritime Security Challenge (MSC) 2022 dan Pacific Seapower Conference. Pemerintah ABDB kemudiannya mendoakan kejayaan di sepanjang tempoh perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam.