BOLKIAH GARISSON, Wednesday, 21 December 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call from His Excellency Major General (Retired) Farhat Abbas Sani, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam this morning.
The Deputy Minister of Defence welcomed His Excellency Major General (Retired) Farhat Abbas Sani to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence during the courtesy call. The Deputy Minister of Defence congratulated His Excellency on his official appointment as the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam on 20 October 2022. The Deputy Minister of Defence also expressed his sympathies and condolences for the devastating flooding that occurred in Pakistan this year.
During the courtesy call, the Deputy Minister of Defence expressed his appreciation for the secondment of the Pakistan military medical officers to the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), which has contributed towards the engagements of military-to-military personnel between both countries since 2014.
Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan established diplomatic relations on 9 February 1984. Both countries share a cordial defence relationship which has been significantly enhanced since the signing of Memorandum of Understanding (MOU) in Defence Cooperation on 19 May 2004 and the establishment of Joint Defence Working Committee (JDWC).

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 21 Disember 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada pagi tadi.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Farhat Abbas Sani ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan. Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022. Timbalan Menteri Pertahanan turut menzahirkan rasa simpati dan takziah atas kejadian banjir yang berlaku di Pakistan pada tahun ini.
Semasa kunjungan hormat itu, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan di atas pinjaman pegawai perubatan Tentera Pakistan ke Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang mana ianya telah menyumbang ke arah penglibatan anggota tentera di antara kedua-dua buah negara sejak tahun 2014.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan menjalinkan hubungan diplomatik pada 9 Februari 1984. Kedua-dua buah negara berkongsi hubungan pertahanan yang mesra, dan telah dipertingkatkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam kerjasama pertahanan pada 19 Mei 2004, dan juga mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB).