
BOLKIAH GARISSON, Monday, 19 December 2022 – Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call from Her Excellency Miss Boosara Kanchanalai, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam this morning.
The Deputy Minister of Defence welcomed Her Excellency Miss Boosara Kanchanalai to Brunei Darussalam and the Ministry of Defence during the courtesy call. The Deputy Minister of Defence congratulated Her Excellency on her official appointment as Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Kingdom of Thailand to Brunei Darussalam on 20 October 2022. The Deputy Minister of Defence also expressed his appreciation for Her Excellency’s visit to the Ministry of Defence, further demonstrating the close bilateral ties between Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand.
The Kingdom of Thailand regularly sends its military officers to participate in courses conducted by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), with the 11th RBAF Command and Staff Course in 2021 and the Intermediate Staff Course (ISC 22/2022) being the most recent. In addition, the Royal Thai Army routinely invites the RBAF to observe the annual Cobra Gold Exercise in Thailand.
Brunei Darussalam and Thailand established diplomatic relations on 1 January 1984, and Thailand is one of Brunei Darussalam’s closest regional partners. With the opening of Defence Attaché offices in both nations in 2014 and 2015, respectively, the relationship between Brunei Darussalam and the Kingdom of Thailand has deepened during the past several years.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK KERAJAAN THAILAND KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Isnin, 19 Disember 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam pada pagi ini.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengalu-alukan kedatangan Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai ke Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan. Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama di atas pelantikan beliau sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam secara rasmi pada 20 Oktober 2022. Timbalan Menteri Pertahanan turut merakamkan penghargaan di atas lawatan Puan Yang Terutama ke Kementerian Pertahanan yang mana ianya mencerminkan hubungan dua hala yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand.
Kerajaan Thailand kerap menghantar pegawai tenteranya untuk menyertai kursus yang dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang mana antara kursus-kursus yang diikuti adalah Kursus Maktab Turus ABDB sesi ke-11 pada tahun 2021, dan juga Kursus Staf Pertengahan (ISC 22/2022). Tambahan lagi, Tentera Diraja Thai secara berterusan menghantar jemputan kepada ABDB untuk menjadi pemerhati bagi Eksesais ‘Cobra Gold’ yang dijalankan pada setiap tahun di negara berkenaan.
Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand menjalinkan hubungan diplomatik pada 1 Januari 1984, dan Kerajaan Thailand adalah salah satu rakan serantau yang rapat dengan Negara Brunei Darussalam. Persahabatan di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand semakin berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan penubuhan pejabat Atase Pertahanan di kedua-dua buah negara masing-masing pada tahun 2014 dan 2015.