JERUDONG, Saturday 26 November 2022 – A total of 80 participants comprising 40 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and
40 retired Armed Forces officers (PABB) competed in the Wira Cup 2022 that took place at the Royal Brunei Golf and Country Club. 

The PABB team was led by Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Haji Apong, whereas the RBAF team was led by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. The Wira Cup is intended to foster and enhance  the relationship between PABB and RBAF officers, as well as to nurture sportsmanship and serves as an opportunity for interaction between retired and currently serving military officers.

Also representing the PABB team were Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General (Retired) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ahmad, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, former RBAF Commanders and Service Commanders as well as retired officers. Meanwhile, the RBAF team was represented by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif along with other officers. 

Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Major General (Retired) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Haji Apong presented the Wira Cup Trophy to the PABB team, who won by collecting 26 points after defeating the RBAF team, who collected 12 points.







PERLAWANAN GOLF PIALA WIRA 2022

JERUDONG, Sabtu 26 November 2022 – Seramai 80 peserta yang terdiri daripada 40 pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang masih berkhidmat dan 40 Pegawai Angkatan Bersenjata Bersara (PABB) telah menyertai perlawanan Piala Wira 2022 yang berlangsung di Royal Brunei Golf & Country Club. 

Pasukan PABB diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Haji Apong, manakala, pasukan ABDB diketuai oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim. Perlawanan Piala Wira ini bertujuan untuk memupuk serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai ABDB yang masih berkhidmat dengan warga PABB, di samping menjalinkan persahabatan dan semangat kesukanan di kalangan pegawai-pegawai ABDB yang masih berkhidmat dengan pegawai-pegawai yang sudah bersara.

Turut mewakili pasukan PABB ialah Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigedier Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ahmad, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, mantan Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-pegawai ABDB yang telah bersara. Manakala, pasukan ABDB turut diwakili oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pegawai-pegawai kanan dan Pegawai-pegawai ABDB.

Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith bin Pengiran Datu Penghulu Haji Apong berkenan menyampaikan Piala Wira kepada Pasukan PABB yang berjaya memenangi Piala Wira 2022 dengan mengutip sebanyak 26 mata setelah menewaskan pasukan ABDB yang hanya mengutip 12 mata.