​BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 24 November 2022 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cross Country Competition 2022/2023 was held at Bukit Shahbandar Recreational Park participated by more than 200 officers and personnel from the Ministry of Defence, Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Joint Force RBAF (JF RBAF), Training Institute RBAF (TI RBAF), Defence Academy RBAF (DA RBAF) and Special Forces Regiment (SFR).  


Present as Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF. Also present were RBAF Service Commanders, Commandants, military directors and RBAF personnel. During the competition, Commander RBAF then proceeded with a trekking session with the invited guests.


During the event, two main categories were included, ‘the Men’s Category’ and ‘Women’s Category’, each divided into age groups and team categories. All participants were tested on their physical and mental endurance by running through the trails and roads. The route for the men category was from Agro Technology Park to Bukit Shahbandar Recreational Park, while the route for women category was from Bukit Mejawa, Jerudong to Bukit Shahbandar Recreation Park.


The overall winner in the men’s team category was RBLF while the combined team (Ministry of Defence, JF RBAF, TI RBAF, DA RBAF and SFR RBAF) came second and RBAirF third. In the women’s category, RBLF won while the combined team (MINDEF, JFHQ RBAF, TI RBAF and DA RBAF) came second and RBAirF third.


After being on hold for two years due to the COVID-19 pandemic, the RBAF Cross Country Championship was held again this year to inculcate the spirit of sportsmanship among RBAF units and instil a healthy lifestyle among all RBAF personnel.







KEJOHANAN RENTAS DESA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2022/2023


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November 2022 – Pertandingan Rentas Desa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2022/2023 telah diadakan di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar yang disertai oleh lebih dari 200 pegawai dan anggota daripada Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Markas Angkatan Bersama ABDB (MAB ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK).


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-Komandan, pengarah-pengarah tentera dan warga ABDB. Semasa perlawanan tersebut, Pemerintah ABDB turut menyertai sesi riadah bersama para tetamu jemputan.


Semasa acara tersebut, dua kategori utama telah dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita, yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Mengikut Peringkat Umur dan Kategori Berpasukan. Kesemua peserta diuji ketahanan fizikal dan mental dengan mengharungi kawasan bukit-bukau dan jalan raya bermula dari Taman Agro Teknologi hingga ke Taman Rekreasi Bukit Shahbandar bagi lelaki, manakala bagi wanita ialah dari Bukit Mejawa, Jerudong hingga ke Taman Rekreasi Bukit Shahbandar.


Juara keseluruhan bagi Kategori Berpasukan Lelaki telah disandang oleh TDDB manakala Pasukan Gabungan (Kementerian Pertahanan, MAB ABDB, IL ABDB, AP ABDB dan RPK ABDB) telah memenangi tempat kedua dan TUDB di tempat ketiga. Manakala, juara bagi Kategori Berpasukan Wanita pula juga disandang oleh TDDB, di tempat kedua pula adalah Pasukan Gabungan (Kementerian Pertahanan, MAB ABDB, IL ABDB dan AP ABDB), manakala TUDB di tempat ketiga.


Selepas dua tahun ditangguhkan disebabkan wabak COVID-19, Kejohanan Rentas Desa ABDB telah diadakan semula pada tahun ini yang bertujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan di antara unit-unit ABDB dan memupuk gaya hidup sihat di kalangan warga ABDB.​