BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 16 November 2022 – The Indo Pacific Endeavour 2022 (IPE 02/2022) is Australia’s annual flagship defence-led international engagement aiming to strengthen Australia’s whole-of-government commitment and partnership in the Indo-Pacific region. The Royal Australian Navy (RAN) vessel, Frigate HMAS ANZAC entered Brunei Darussalam’s waters on 15 November 2022 and continued their journey to the Republic of Indonesia on 17 November 2022. Seven countries within the Asia-Pacific region have been and will be visited by this Task Group.

The opening ceremony of IPE 02/2022 between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Australian Defence Force (ADF) on the 14th November 2022 was co-chaired by Lieutenant Colonel Aldi bin Haji Hassan, Acting Deputy Joint Force Commander, Joint Force Headquarters (Act DJFC, JFHQ) RBAF and Colonel Douglas Pashley, Commander Landing Force of the Australian Amphibious Task Group, ADF.

A joint bilateral Coastal Hook Landing Demonstration was held on the 16 November 2022 aimed to display Australia’s amphibious capabilities and develop interoperability between the two forces. The demonstration was attended by senior officers from the RBAF and ADF, including His Excellency Luke Arnold, Australian High Commissioner to Brunei Darussalam, Air Vice-Marshal Stephen Meredith AM, DSM, The Deputy Chief of Air Force of ADF, Commodore Mal Wise, Commander of IPE 02/2022 and Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander (JFC) RBAF. Also in attendance were senior officers and participating units from both countries.

During the closing ceremony on 18 November 2022, closing remarks were delivered by Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, JFC RBAF and Commodore Mal Wise, Commander of IPE 02/2022 where both emphasised the importance of IPE 02/2022 in improving the long-established bilateral relations between the two countries and expressed their satisfaction over the success of the IPE 02/2022. Both the opening and closing ceremonies were conducted virtually at the JFHQ’s Briefing Room.

During IPE 02/2022, a diverse range of at-sea, air and ashore exercise were planned including various Subject Matter Expert Exchange (SMEE) programmes such as the Maritime Security Workshop, Women Peace and Security, Religious Interaction and Aircraft P-8A Information Exchange.

IPE is an engagement designed to enhance the interoperability, professionalism, proficiency and collaboration of both Armed Forces in addressing current and future security threats of mutual concern in the region.

INDO PACIFIC ENDEAVOUR 2022 (IPE 02/2022)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 November 2022 – Indo Pacific Endeavor 2022 (IPE 02/2022) adalah merupakan latihan utama ketenteraan diadakan secara tahunan yang diterajui oleh negara Australia bertujuan untuk menggukuhkan komitmen dan kerjasama Kerajaan Australia di wilayah Indo-Pasifik. Kapal Tentera Laut Diraja Australia (TLDA), Frigate HMAS ANZAC telah memasuki perairan Negara Brunei Darussalam pada 15 November 2022 dan meneruskan perjalanan ke Republik Indonesia pada 17 November 2022. Tujuh buah negara di dalam Wilayah Asia Pasifik telah dan akan dikunjungi oleh Kumpulan Tugas (Task Group) ini. 

Majlis pembukaan IPE 02/2022 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) pada 14 November 2022 telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Bersama, Markas Angkatan Bersama (Pmk Timb Pem AB, MAB), ABDB dan Colonel Douglas Pashley, Commander Landing Force of the Australian Amphibious Task Group, ADF.

Demonstrasi dua hala bersama ‘Coastal Hook Landing’ telah berlangsung pada 16 November 2022 bagi mempamerkan keupayaan amfibia Australia dan mengembangkan interoperabiliti di antara kedua-dua Angkatan Tentera. Demonstrasi tersebut telah dihadiri oleh pegawai kanan ABDB dan ADF, termasuk Tuan Yang Teruatama Luke Arnold, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Commodore Mal Wise, Panglima IPE 02/2022 dan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Kanan dan peserta-peserta dari ABDB dan ADF.

Semasa Majlis Penutup IPE 02/2022 pada 18 November 2022, ucapan penutup telah disampaikan oleh Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pem AB ABDB dan Commodore Mal Wise, Pemerintah IPE 02/2022 di mana kedua-duanya menekankan kepentingan IPE 02/2022 dalam menambahbaik hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara dan melahirkan rasa puas hati dengan kejayaan pelaksanaan IPE 02/2022. Kedua-dua majlis Pembukaan dan Penutup telah disempurnakan secara maya di Bilik Mesyuarat, MAB, ABDB.

Semasa IPE 02/2022, pelbagai eksesais di laut, udara dan darat telah pun dirancang termasuk beberapa program Subject Matter Expert Exchange (SMEE) seperti Maritime Security Workshop, Women Peace and Security, Religious Interaction dan Aircraft P-8A Information Exchange.

IPE ini adalah latihan yang direka untuk meningkatkan interoperability, profesionalisme, kecekapan dan kerjasama kedua-dua Angkatan Tentera dalam menangani ancaman-ancaman keselamatan semasa dan masa hadapan di rantau ini.