
MAKKAH, Saturday, 19 November 2022 – Five Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel participated in the 9th International Competition Memorization of the Holy Quran for military personnel in Makkah Al-Mukarramah, the Kingdom of Saudi Arabia.
The delegation was led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). The participants chosen to represent RBAF in the competition were Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip for the 30 Juz Al-Qur’an Category; Private (U) Muhammad Akid Arif bin Haji Sujono for the 20 Juz Al-Qur’an Category; Sergeant Izzat bin Hamdan for the 10 Juz Al-Qur’an Category; Major Abdul Mujib bin Haji Japar for the 05 Juz Al-Qur’an Category; and Private Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin for the Tilawah Al-Qur’an Category.
The Overall result of the Hafazan Al-Quran competition won by the Kingdom of Saudi Arabia for the 30, 10 and 5 Juzuk categories, and for the 20 Juzuk category won by the Sultanate of Oman, while the Al-Quran recitation category won by Kuwait.
The competition is by special invitation from the Kingdom of Saudi Arabia, and is one of the platforms and initiative to showcase RBAF’s ability to glorify the purity of the text of the Holy Quran and provide exposure to RBAF officers and personnel. Equally, such opportunity Is seen to raise RBAF and Brunei Darussalam’s profile as well as to strengthen defence ties between Brunei Darussalam and the Kingdom of Saudi Arabia.
Pictures by Saudi Arabian Armed Forces


ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PERTANDINGAN ANTARABANGSA MENGHAFAZ AL-QUR’AN BAGI TENTERA KALI KE-9 DI MAKKAH AL-MUKARRAMAH, KERAJAAN ARAB SAUDI
MAKKAH, Sabtu, 19 November 2022 – Seramai lima orang pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah bertanding di Pertandingan Antarabangsa Menghafaz Al-Qur’an bagi Tentera kali ke-9 yang berlangsung dari 06 hingga 18 November 2022 bertempat di Makkah Al-Mukarramah, Kerajaan Arab Saudi.
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Anggota-anggota tentera yang terpilih mewakili ABDB ke pertandingan tersebut ialah Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip bagi Kategori 30 Juz Al-Qur’an; Soldadu (U) Muhammad Akid Arif bin Haji Sujono bagi Kategori 20 Juz Al-Qur’an; Sarjan Izzat bin Hamdan bagi Kategori 10 Juz Al-Qur’an; Mejar Abdul Mujib bin Haji Japar bagi Kategori 05 Juz Al-Qur’an dan Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin bagi Kategori Tilawah Al-Qur’an.
Pertandingan hafazan Al-Quran tersebut telah dimenangi oleh Kerajaan Arab Saudi bagi kategori 30, 10 dan 5 Juzuk, bagi kategori 20 Juzuk dimenangi oleh Kesultanan Oman, manakala kategori bacaan al-Quran dimenangi oleh Kuwait.
Pertandingan ini merupakan jemputan khas daripada Kerajaan Arab Saudi dan merupakan salah satu platform dan inisiatif untuk mempamerkan kebolehan ABDB dalam memartabatkan kesucian Al-Qur’an Al-Karim serta memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB. Secara tidak langsung, pertandingan ini dipercayai dapat mengangkat nama baik serta profil Negara Brunei Darussalam secara am dan ABDB khususnya di arena Antarabangsa sekali gus mengukuhkan hubungan pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi.