MANAMA, Friday, 18 November 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi Bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF) attended the International Institute for Strategic Studies Manama Dialogue 2022 (IISS Manama Dialogue 2022), 18th Regional Security Summit in Manama, The Kingdom of Bahrain from 18th to 20th November 2022.
The IISS hosted this year’s conference at the Ritz-Carlton Hotel, Bahrain which gathered national leaders, ministers and policymakers to discuss regional security issues and share policy responses.
With the theme “Rules and Competition in the Middle East”, national and military leaders discussed the security implications of energy politics, defence modernisation and new security partnerships in the Middle East. The leaders also had the opportunity to discuss further initiatives towards enhancing information sharing and interoperability in addressing common security challenges.
Guest speakers and experts on the topics related to the conference theme also presented and shared their perspectives during the plenary sessions. At the same time, all heads of delegations were also invited to an official dinner hosted by His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al-Khalifa, Deputy Supreme Commander and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain.
The RBAF Commander made a courtesy call to His Excellency Shaikh Khalid bin Ali Al-Khalifa, Chief of Staff to National Security Advisor where they discussed future initiatives to strengthen professional cooperation and enhance opportunities for interactions, both bilaterally and multilaterally.
Held annually since 2004 in The Kingdom of Bahrain, the IISS Manama Dialogue is a central element of the Middle East’s security architecture that provides a platform for participating states to exchange views on regional issues and challenges.



MANAMA, Jumaat, 18 November 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri the International Institute for Strategic Studies Manama Dialogue 2022 (IISS Manama Dialogue 2022), 18th Regional Security Summit bertempat di Manama, The Kingdom of Bahrain dari 18 November hingga 20 November 2022.
Persidangan tahun ini telah dihoskan oleh IISS di Hotel Ritz-Carlton, The Kingdom of Bahrain yang mana dihadiri oleh para pemimpin negara, menteri-menteri dan penggubal dasar untuk membincangkan isu keselamatan serantau dan platform perkongsian maklumat.
Dengan tema, “Rules and Competition in the Middle East”, pemimpin-pemimpin negara dan tentera membincangkan implikasi keselamatan politik tenaga di Timur Tengah, pemodenan pertahanan dan kerjasama keselamatan di Timur Tengah. Para pemimpin-pemimpin yang hadir juga berpeluang membincangkan mengenai meningkatkan inisiatif dari segi perkongsian maklumat dan interoperabiliti dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan bersama.
Penceramah dan pakar-pakar dalam topik berkaitan dengan tema persidangan tersebut turut dijemput untuk membentangkan dan mengongsikan perspektif mereka semasa sesi plenari. Pada masa yang sama, semua ketua delegasi turut dijemput ke majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al-Khalifa, Deputy Supreme Commander and Prime Minister of The Kingdom of Bahrain.
Pemerintah ABDB telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Shaikh Khalid bin Ali Al-Khalifa, Chief of Staff to National Security Advisor di mana beliau membincangkan inisiatif-inisiatif kehadapan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama profesional dan meningkatkan peluang-peluang interaksi dua hala dan pelbagai hala.
Dilaksanakan setiap tahun sejak 2004 di Bahrain, persidangan tersebut merupakan elemen utama dalam seni bina keselamatan rantau Timur Tengah dan merupakan platform bagi negara-negara yang terlibat untuk bertukar pandangan mengenai cabaran dan hal ehwal serantau.