BOLKIAH GARRISON, Thursday, 27 October 2022 – Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a courtesy call from Her Excellency Yu Hong, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam and Senior Colonel Dai Qilin, Resident Defence Attache of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam today. Also in attendance were the RBAF Acting Chief of Staff and Director of Intelligence.
During the call, Commander RBAF welcomed and expressed his appreciation for Her Excellency Yu Hong and Senior Colonel Dai Qilin presence at the Ministry of Defence. In addition, both sides expressed their gratitude towards the close bilateral relationship and cooperation between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China through various existing interactions such as the exchange of senior military official visits, military courses, seminars, navy ship visits to Brunei Darussalam, conferences and exhibitions. Both sides expressed hope that the relationship will continue to flourish in the years to come.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK RAKYAT CHINA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 27 Oktober 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Yu Hong, Duta Besar Istimewa Dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam dan Senior Colonel Dai Qilin Atase Pertahanan Residen Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir semasa kunjungan tersebut ialah Pemangku Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisikan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB sangat mengalu-alukan dan merakamkan rasa penghargaan ke atas kehadiran Puan Yang Terutama Yu Hong, dan Senior Colonel Dai Qilin ke Kementerian Pertahanan. Kedua-dua belah pihak merakamkan ucapan penghargaan terhadap hubungan dua hala yang telah terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China dalam pelbagai bidang kerjasama seperti lawatan kerja, kursus ketenteraan, seminar, lawatan kapal tentera laut ke Negara Brunei Darussalam, persidangan dan pameran. Kedua belah pihak juga melahirkan hasrat bagi perhubungan dua hala akan terus berkembang di masa akan datang.