TANAH JAMBU, Friday, 14 October 2022 – A total of 42 officers have completed the 12th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC), a 40-week course, in a closing ceremony held at the Defence Academy RBAF (DA RBAF) today.

 

Present as Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence. Also present were the Commander of the RBAF, Deputy Commissioner of Police Royal Brunei Police Force (RBPF), Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries of the Ministry of Defence, representatives from foreign missions in Brunei Darussalam, Assistant Vice-Chancellor of University Brunei Darussalam (UBD), Directors, resident and non-resident Defence Advisors and Attachés to Brunei Darussalam, Commandants, Deputy Director of Internal Security Department, UBD faculty members, as well as senior RBAF officers.

 

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah Al-Mujadilah (Verses 10-13) led by Major Pengiran Muhd Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd Tali, one of the course participants. This continued with welcoming remarks by Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of the Defence Academy RBAF, followed with an official closing speech by the Guest of Honour.

 

The Deputy Minister of Defence emphasised the importance of course participants taking advantage of the knowledge and training attained during the course to become capable leaders and adaptable to the evolving environment and any security threats. He added that future leaders should be innovative and critical thinkers in facing future challenges and reminded participants to remain resilient, adaptable and courageous as well as capable of addressing contemporary challenges.

 

As with previous years, numerous special recognition awards were also presented to the participants. For this year, the RBAF CSC Overall Excellence Award and the Academic Excellence Award were presented to Major Jonathan Edward D’Cruz from the Singapore Armed Forces. In addition, the RBAF Commendation Award was given to Dayang Nur Khadijah binti Ramli from the Ministry of Defence and the Commandant’s Award was presented to Major Abdul Aziz bin Haji Razali from the Royal Brunei Land Force.

 

Additionally, successful course participants will be awarded the UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies with an opportunity to pursue their Master’s degree in Defence and Security Studies at UBD.

 

The 12th RBAF CSC participants comprised officers from the RBAF, RBPF, Ministry of Defence and the Internal Security Department, as well as 15 international participants from 12 countries: Australia, the People’s Republic of Bangladesh, the Republic of India, the Republic of Indonesia, Malaysia, New Zealand, Sultanate of Oman, Islamic Republic of Pakistan, Republic of the Philippines, Saudi Arabia, Republic of Singapore and the United Kingdom.

 

The course, delivered in partnership with UBD, aims to broaden officers’ perspectives and professional expertise using practical and academic approaches and disciplines to explore the current strategic environment issues and their implications for those in the defence and security related fields.








42 PEGAWAI TAMAT KURSUS MAKTAB TURUS ABDB KE-12

 

TANAH JAMBU, Jumaat, 14 Oktober 2022 – Seramai 42 orang pegawai telah menamatkan Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sesi ke-12, yang dijalankan selama 40 minggu, di majlis penutup yang diadakan di Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) pada hari ini.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan. Turut hadir sama iaitu Pemerintah ABDB, Timbalan Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Perwakilan dari Kedutaan Luar Negeri di Negara Brunei Darussalam, Penolong Naib-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pengarah-pengarah, Atase-Atase dan Penasihat-Penasihat Pertahanan yang menetap dan tidak menetap di Negara Brunei Darussalam, Komandan-komandan, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, ahli-ahli fakulti UBD dan pegawai-pegawai kanan ABDB.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Mujadilah (Ayat 10-13) oleh Mejar Pengiran Muhd Khairuddin bin Pengiran Haji Mohd Tali, merupakan salah seorang peserta kursus. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan Akademi Pertahanan ABDB dan diteruskan dengan ucapan penutupan rasmi daripada Tetamu Kehormat.

 

Timbalan Menteri Pertahanan menekankan kepentingan bagi peserta kursus untuk memanfaatkan ilmu dan latihan yang diperolehi semasa kursus untuk menjadi seorang pemimpin yang berkebolehan dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ancaman sekuriti yang sentiasa berubah. Beliau menambah bahawa pemimpin masa depan hendaklah berinovasi dan mengamalkan pemikiran kritikal untuk menghadapi cabaran di masa depan serta turut mengingatkan peserta untuk sentiasa berdaya tahan, mudah menyesuaikan diri dan berani serta berkebolehan menangani isu-isu kontemporari.

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, beberapa anugerah penghargaan telah diberikan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus. Pada tahun ini, Anugerah RBAF CSC Overall Excellence dan Anugerah Academic Excellence diberikan kepada Mejar Jonathan Edward D’Cruz daripada Angkatan Bersenjata Republik Singapura. Anugerah RBAF Commendation diberikan kepada Dayang Nur Khadijah binti Ramli dari Kementerian Pertahanan dan Anugerah Commandant’s Award diberikan kepada Mejar Abdul Aziz bin Haji Razali dari Tentera Darat Diraja Brunei.

 

Tambahan pula, peserta-peserta kursus yang berjaya akan diberikan kelulusan UBD Graduate Diploma in Defence and Security Studies dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Defence and Security Studies di UBD.

 

Kursus Maktab Turus sesi ke-12 ini terdiri dari pegawai-pegawai dari ABDB, PPDB, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri serta 15 orang peserta antarabangsa daripada 12 buah negara: Australia, Republik Rakyat Bangladesh, Republik India, Republik Indonesia, New Zealand, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Republik Filipina, Arab Saudi, Republik Singapura dan United Kingdom.

 

Kursus yang dikendalikan dengan kerjasama UBD ini bertujuan untuk memperluaskan perspektif dan kepakaran profesional secara praktikal dan akademik serta disiplin bagi meneroka isu-siu persekitaran strategik semasa dan kesannya terhadap mereka yang bekerja dalam bidang pertahanan dan keselamatan.