PENANJONG GARRISON, Thursday, 13 October 2022 – The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) hosted the inaugural Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2022 at Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre, TI RBAF, Penanjong Garrison from 11th until 13th October 2022.
With the theme “Collaboration and Synergy in Delivering Defence Tasks”, the three-day conference invited speakers and subject matter experts with various training and development backgrounds from the Ministry of Defence, Royal Brunei Armed Forces, other government agencies as well as the British Forces Brunei.
The opening ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF, where he as the Guest of Honour, delivered a speech. In his remarks, he emphasised that the increasingly unpredictable nature of the current security environment calls for RBAF to diversify its existing practical cooperation to be more collaborative and synergetic, not only within RBAF but also with other external partners and stakeholders, to effectively deliver RBAF Defence Tasks highlighted in the Defence White Paper 2021.
During the closing ceremony, Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Director of Personnel, Directorate of Personnel, Ministry of Defence, as the Guest of Honour, delivered his closing remarks where he congratulated TI RBAF for initiating the inaugural Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2022 and commended TI RBAF for stepping forward in bringing together all the training units not only within the Ministry of Defence and RBAF but beyond to share their respective perspective, ideas, knowledge to enhancing and diversifying the bridge of cooperation into a more sustainable and resilient in fulfilling national security requirement.
The presentation of mementoes followed the closing ceremony to all the invited speakers as a token of appreciation for their support in making the conference a success.
The Training Conference is aimed to be a platform for training authorities, providers and other stakeholders within the RBAF as well as other agencies to discuss and enhance as well as diversify efforts towards unifying training institutions to be more sustainable and resilient partnerships to produce capable and competitive personnel to deal with the increasingly challenging security environment.




PERASMIAN THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES TRAINING CONFERENCE 2022
PENANJONG GARISON, Thursday, 13 October 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) buat julung kalinya telah mengendalikan The Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2022 di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, IL ABDB, Penanjong Garison dari 11 hingga 13 Oktober 2022.
Bertemakan “Collaboration and Synergy in Delivering Defence Tasks”, persidangan selama tiga hari tersebut telah menjemput pembentang-pembentang dan pakar-pakar yang mempunyai kepakaran dan latar belakang di bidang latihan dan pembangunan.
Majlis pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Leftenen Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB, selaku tetamu kehormat, telah menyampaikan ucapan. Di dalam ucapan beliau, beliau menekankan keadaan persekitaran keselamatan semasa yang semakin sukar untuk diramal yang memerlukan ABDB untuk mempelbagaikan kerjasama praktikal yang sedia ada untuk membangun sinergi dan kolaborasi bukan sahaja di kalangan ABDB, tetapi juga dengan rakan sahabat serta agensi luar ke arah keberkesanan bagi perlaksanaan tugasan pertahanan ABDB (RBAF Defence Tasks) yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021.
Semasa Majlis Penutupan Persidangan, Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pengarah Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, selaku tetamu kehormat majlis turut menyampaikan ucapan di mana beliau mengucapkan tahniah di atas inisiatif perasmian Royal Brunei Armed Forces Training Conference 2022 dan menzahirkan penghargaan kepada IL ABDB kerana telah menyatukan unit-unit Latihan di dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB serta agensi-agensi luar dalam perkongsian perspektif, idea dan pengetahuan untuk meningkatkan dan mempelbagaikan kerjasama yang mampan dan berdaya tahan dalam memenuhi keperluan keselamatan negara.
Majlis penutup tersebut kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pembentang-pembentang jemputan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan serta sokongan di dalam menjayakan persidangan tersebut.
Persidangan ini bertujuan untuk menjadi salah satu platform bagi training authorities, providers serta pihak-pihak yang berkepentingan di dalam ABDB dan juga agensi-agensi luar untuk membincangkan dan mempertingkatkan serta mempelbagaikan usaha ke arah menyatupadukan institusi-institusi latihan ke arah kerjasama yang lebih mampan dan berdaya tahan bagi melahirkan anggota-anggota yang berkebolehan, berkeupayaan dan berdaya saing untuk menangani suasana keselamatan yang kian mencabar.