BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 11 October 2022 – Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, received a courtesy call from His Excellency John Virgoe, British High Commissioner to Brunei Darussalam. His Excellency was accompanied by Group Captain Greame Davis, British Defence Adviser to Brunei Darussalam.
 
During the call, His Excellency congratulated the Deputy Minister of Defence on his appointment on 07 June 2022. Both sides reaffirmed the close bilateral relationship and cooperation between Brunei Darussalam and the United Kingdom underpinned by the signing of the Exchange of Letters between His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and The Right Honourable Boris Johnson, the previous Prime Minister of United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland in February 2020.
 
Brunei Darussalam and the United Kingdom share strong and longstanding defence relations that encompass a comprehensive range of interactions that includes agreements in defence cooperation, exchange of visits, bilateral meetings, military exercises, training, courses and port visits.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI BRITISH KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
 
BOLKIAH GARISON, Selasa, 11 Oktober 2022 – Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama John Virgoe, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam. Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Group Captain Graeme Davis, Penasihat Pertahanan British ke Negara Brunei Darussalam.
 
Semasa kunjungan tersebut, Tuan Yang Terutama mengucapkan tahniah atas pelantikan Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 07 Jun 2022. Kedua-dua pihak menegaskan semula hubungan dan kerjasama dua hala yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom yang diperkukuhkan oleh penandatanganan perjanjian ‘Exchange of Letters’ di antara Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan The Right Honourable Boris Johnson, mantan Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland pada Februari 2020.
 
Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom mempunyai hubungan pertahanan yang kukuh dan telah lama terjalin yang merangkumi pelbagai interaksi komprehensif termasuk perjanjian-perjanjian kerjasama pertahanan, pertukaran lawatan, mesyuarat-mesyuarat dua-hala, eksesais-eksesais ketenteraan, latihan-latihan, kursus-kursus dan lawatan-lawatan pelabuhan.