BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 13 September 2022 – The 20th Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting between Brunei Darussalam and Malaysia was conducted virtually today.
The meeting was co-chaired by Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Secretary-General, Ministry of Defence, Malaysia.
During the meeting, both co-chairs lauded the active bilateral and regional interactions between the defence officials of both countries, notably on the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) platform. The JDWC met to discuss, amongst other matters, bilateral defence cooperation including military training and exercises, exchanges of intelligence, logistics matters, as well as exchanging views on issues of mutual interest.
The JDWC was established following the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) on Defence Cooperation on 14 February 1992, with the inaugural JDWC meeting held on 17 July 1993. This year’s 20th JDWC meeting coincided with the 30th anniversary of the signing of the MOU, reflecting the longstanding and strong defence cooperation as well as close friendship between Brunei Darussalam and Malaysia.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA YANG KE-20 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA
BOLKIAH GARISON, Selasa, 13 September 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-20 di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah diadakan pada hari ini secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.
Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pengerusi bersama merakamkan rasa gembira dengan interaksi dua hala dan serantau yang aktif antara pegawai pertahanan kedua-dua negara, terutamanya di platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). Mesyuarat JKPB ini antara lain bertujuan untuk membincangkan kerjasama pertahanan dua hala, termasuk latihan dan eksesais tentera, pertukaran perisikan, hal-ehwal logistik, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama.
Mesyuarat JKPB ditubuhkan setelah penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam Kerjasama Pertahanan pada 14 Februari 1992 dimana Mesyuarat JKPB yang pertama diadakan pada 17 Julai 1993. Perlaksanaan mesyuarat JKPB ke-20 tahun ini bertepatan dengan ulang tahun ke-30 penandatanganan MOU berkenaan, yang mencerminkan kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin kukuh serta persahabatan yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.