BOLKIAH GARRISON, FRIDAY, 9 SEPTEMBER 2022 – The Ministry of Defence held a tree planting event this afternoon in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 61st Anniversary Celebration. The tree planting event was held concurrently across all RBAF camps, with the primary focus at Bolkiah Garrison.
Present as guest of honour was Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, who planted a Tabebuia Rosea tree. Meanwhile, the Commander Royal Brunei Armed Forces was the guest of honour for the tree planting event at the Special Force Regiment Camp, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration) at Tanah Jambu Camp, and Permanent Secretary (Development, Maintenance and Technology) at Penanjong Garrison.
Also in attendance were the Joint Force Commander RBAF, Deputy Permanent Secretaries, Deputy Service Commanders, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.
A total of 640 trees were planted in Bolkiah Garrison and throughout the camps. The tree planting event is one of the initiatives made by the Ministry of Defence in supporting the ‘Protokol Hijau’ Guidelines under the Brunei Darussalam National Climate Change Policy (BNCCP) to reduce greenhouse gas emissions across the Ministry of Defence and RBAF premises.
The event began with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by the Acting Director of Religious Affairs, RBAF. The ceremony continued with welcoming remarks, followed by a tree planting event and concluded with the recitation of Doa’ Kesyukuran.

KEMENTERIAN PERTAHANAN MENGADAKAN ACARA PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-61 TAHUN
BOLKIAH GARISON, JUMAAT, 09 SEPTEMBER 2022 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Acara Penanaman Pokok pada petang tadi sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61. Acara penanaman pokok itu diadakan secara serentak di semua perkhemahan ABDB, dengan tumpuan utama di Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan yang seterusnya menanam sepohon pokok jenis Tabebuia Rosea. Manakala, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis penanaman pokok di Perkhemahan Regimen Pasukan Khas, Setiausaha Tetap (Dasar Kewangan dan Pentadbiran) di Perkhemahan Tanah Jambu dan Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi) di Penanjong Garison.
Turut menghadiri acara tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Sebanyak 640 pokok daripada jenis Bucida Molinetti, Tabebuia Rosea dan Syzygium Campanulatum ditanam di Bolkiah Garison dan seluruh perkhemahan ABDB. Acara penanaman pokok tersebut adalah salah satu inisiatif yang diungkayahkan oleh Kementerian Pertahanan dalam mendukung Garis Panduan Protokol Hijau di bawah Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di premis-premis Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatan Agama ABDB. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan diikuti dengan acara menanam pokok dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.