BOLKIAH GARRISON, Thursday, 08 September 2022 – Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a farewell call from Colonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, the outgoing Defence Advisor of Malaysia to Brunei Darussalam.
During the call, Commander RBAF extended his appreciation to Colonel Kamarudzaman for his support and contributions during his tenure as Defence Advisor of Malaysia in Brunei Darussalam. Both sides recalled the various interactions between RBAF and the Malaysian Armed Forces (MAF) that further strengthened the military relationship between both countries.
The Commander RBAF wished Colonel Kamarudzaman the best of luck in his future endeavours and looked forward to working closely with his successor in the future.

PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PENASIHAT PERTAHANAN MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Khamis, 08 September 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Kolonel Kamarudzaman bin Mohd Thani, Penasihat Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan beliau.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah ABDB merakamkan penghargaan kepada Kolonel Kamarudzaman di atas sokongan dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia di Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak mengimbas kembali pelbagai interaksi di antara ABDB dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengukuhkan lagi hubungan ketenteraan kedua-dua negara.
Pemerintah ABDB mendoakan kejayaan Kolonel Kamarudzaman pada masa hadapan, dan berharap akan dapat bekerjasama rapat dengan Penasihat Pertahanan yang baharu nanti.