LUMUT CAMP, Wednesday, 07 September 2022 – His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia (TNI), made a working visit to Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF), Lumut Camp, as part of his three-day official visit to Brunei Darussalam.
Also present were Datin Hetty Andika Perkasa, spouse of the Chief of Defence Force of Indonesia (TNI), senior officers, officers and personnel of the Indonesian National Defence Forces and the RBLF.
Upon arrival at Lumut Camp, the Chief of Defence Force of Indonesia (TNI) and delegation were welcomed by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF and spouse, Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Hj Adnan. The visit began with a brief tour around the camp, followed by a stop at the parade square for a group photo and a view of a static exhibition showcasing the RBLF’s assets and capabilities. The visit continued with a tour of the officers’ and other ranks’ accommodation and living quarters.
The Chief of Defence Force of Indonesia (TNI) and delegation were then brought to the official residence of Commanding Officer of 3Bn RBLF for a high-tea session, which concluded with the recitation of Doa Selamat, signing of commemorative parchment and a memento presentation.




KUNJUNGAN RASMI PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIAKE PERKHEMAHAN LUMUT
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 07 September 2022 – Yang Terhormat Jeneral TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut, sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir bersama ialah Datin Hetty Andika Perkasa, isteri kepada Panglima TNI, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota TNI dan TDDB.
Sejurus tiba di Perkhemahan Lumut, Panglima TNI dan rombongan disambut oleh Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB dan isteri, Ampuan Datin Yura Kasumawati binti Dato Paduka Hj Adnan. Lawatan dimulakan dengan lawatan ringkas di sekitar perkhemahan sebelum ke padang kawad bagi sesi bergambar ramai dan sekaligus menyaksikan pameran statik aset dan keupayaan TDDB. Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke tempat kediaman pegawai-pegawai dan anggota-anggota.
Panglima TNI dan rombongan kemudian dibawa ke kediaman rasmi Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB untuk sesi makan petang, yang diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, penandantanganan lembaran kenangan dan penyampaian cenderahati.