BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 07 September 2022 – The Ministry of Defence received an official visit from His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia (TNI) who is in Brunei Darussalam from 6 to 8 September 2022.
Upon arrival at Bolkiah Garrison, His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa was greeted by Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and subsequently proceeded with the inspection of the Guard of Honour comprising personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF).
In the afternoon, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to receive in audience from His Excellency General Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Chief of Defence Force of Indonesia, at the Istana Nurul Iman.
Earlier, the Chief of Defence Force of Indonesia had the opportunity to call on Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Deputy Minister of Defence, and Commander RBAF. During the calls, both sides reiterated their commitment to further strengthen the defence relationship between both Armed Forces, towards contributing to the peace and stability of the region.
During the visit, Commander RBAF and the Chief of Defence Force of Indonesia co-chaired the 4th Brunei Darussalam-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) Meeting between the RBAF and TNI at the RBAF Defence Academy. BRUNESIA HLC is a biennial meeting held alternately in Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia with the purpose of strengthening defence cooperation particularly in areas of intelligence, operations and exercises, training and education, as well as logistics.
As part of the visit programme, the Chief of Defence Force of Indonesia had a session with participants from the 12th RBAF Command and Staff Course and visited the Third Battalion, RBLF in Lumut Camp. An official dinner for the Chief of Defence Force of Indonesia and his delegation was also hosted by Commander RBAF and was attended by RBAF’s senior officers.
In the field of defence, Brunei Darussalam and Republic of Indonesia signed the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation on 10 April 2003. Both countries enjoy a close and longstanding bilateral defence relationship including visits, professional exchanges, exercises, training and courses.









LAWATAN RASMI DARIPADA PANGLIMA TENTARA NASIONAL INDONESIA (TNI) KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Rabu, 07 September 2022 – Kementerian Pertahanan menerima lawatan rasmi daripada Yang Terhormat Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI) yang mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam dari 6 hingga 8 September 2022.
Sejurus tiba di Bolkiah Garison, Yang Terhormat Jenderal TNI Dato Paduka Seri Andika Perkasa disambut oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima mengadap Yang Terhormat Jenderal Dato Paduka Seri Andika Perkasa, Panglima TNI di Istana Nurul Iman.
Terdahulu, Panglima TNI juga berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan, dan Pemerintah ABDB. Semasa perjumpaan tersebut, kedua belah pihak menekankan komitmen untuk meningkatkan lagi hubungan pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera ke arah menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Semasa lawatan ini, Pemerintah ABDB dan Panglima TNI telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Brunei Darussalam-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) kali ke-4 di antara ABDB dan TNI di Akademi Pertahanan ABDB. BRUNESIA HLC merupakan mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun secara bergilir-gilir di Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia yang bertujuan bagi memperkukuhkan kerjasama pertahanan khususnya dalam bidang perisikan, operasi dan eksesais, latihan dan pendidikan serta logistik.
Sebagai sebahagian dari program lawatan tersebut, Panglima TNI turut mengadakan sesi perbincangan bersama peserta Kursus Maktab Turus ABDB Ke-12 dan membuat kunjungan ke Batalion Ketiga, TDDB di Perkhemahan Lumut. Majlis makan malam rasmi bersama Panglima TNI dan delegasi juga telah dihoskan oleh Pemerintah ABDB dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan ABDB.
Dalam bidang pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah memeterai Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 10 April 2003. Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dan sudah lama terjalin yang merangkumi lawatan, pertukaran profesional, eksesais, latihan dan kursus.