BANGKOK, THAILAND, Monday 29 August 2022 – The inaugural Navy-to-Navy Talks between the Royal Brunei Navy (RBN) and the Royal Thai Navy (RTN) was held on 29 August – 1 September 2022 at the Avani+ Riverside Bangkok Hotel in Bangkok, Thailand. 


Present as the Head of Delegation for RBN was Commander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, Chief of Staff, RBN, whilst Rear Admiral Krasair Mengumpan, Director at the Office of Policy and Planning, Naval Operations Department, RTN led the RTN’s delegation. 


The Navy-to-Navy Talks will be a biennial activity that serves as a platform for both navies to expand and enhance the spectrum of their bilateral activities based on mutual interest, including exercises, courses, and training. RBN will host the second iteration in 2024. 


RBN reaffirms its commitment to enhancing relations with regional partners to maintain the maritime domain’s peace and security. 






TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN TENTERA LAUT DIRAJA THAILAND MENGADAKAN MESYUARAT NAVY-TO-NAVY TALKS KALI PERTAMA


BANGKOK, THAILAND, Isnin 29 Ogos 2022 – Mesyuarat pertama Navy-to-Navy Talks di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) diadakan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2022 bertempat di Avani+ Riverside Bangkok Hotel di Bangkok, Thailand. 


Hadir mengetuai delegasi TLDB ialah Komander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Ketua Staf TLDB, manakala Laksamana Muda Krasair Mengumpan, Pengarah Dasar dan Perancangan, Jabatan Pergerakan Laut, TLDT mengetuai delegasi daripada TLDT. 


Mesyuarat ini akan dijalankan setiap dua tahun, sebagai platform bagi kedua-dua tentera laut mengembangkan dan meningkatkan spektrum aktiviti dua-hala mereka berdasarkan kepentingan bersama termasuk eksesais, kursus dan latihan. Mesyuarat kedua akan dihoskan oleh TLDB pada tahun 2024.


TLDB kekal komited untuk meningkatkan hubungan bersama tentera laut serantau dengan tujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan perairan serantau.​