BOLKIAH GARRISON, Thursday 11 October 2012 – The Ministry of Defence (MinDef) this afternoon held a blessing ceremony or a Doa Selamat, in honour of the latest United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeepers to represent Brunei Darussalam.
Due to depart on Monday, the ninth contingent of Bruneian peacekeepers is made up of 20 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), led by Major Mohammed Shalleh bin Hj Ismail. These RBAF personnel will be embedded under the umbrella of the Malaysian Battalion 5 (MALBATT 5) prior to their deployment in Lebanon for peacekeeping duties.
Held at the MinDef Surau, Bolkiah Garrison, the blessing ceremony was attended by the Deputy Minister of Defence Dato Paduka Hj Mustappa bin Hj Sirat.
Also present was the Commander of the RBAF, Major General Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin along with other Defence Executives Committee Members, Military and Civilian Directors, Senior Officers, Officers of Ministry of Defence and RBAF.



MAJLIS DOA SELAMAT BAGI ANGGOTA UNIFIL ABDB KUMPULAN KE-9
BOLKIAH GARISON, Khamis 11 Oktober 2012 - Kementerian
Pertahanan petang ini mengadakan Majlis Doa Selamat bagi merahmati
pemergian kumpulan ke sembilan anggota pengaman United Nations Interim
Force in Lebanon (UNIFIL) yang akan mewakili Negara Brunei Darussalam
dalam misi pengamanan.
Dijadualkan untuk bertolak pada hari Isnin ini, kontinjen
kesembilan pengaman Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 20
anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan diketuai oleh
Mejar Mohammed Shalleh bin Hj Ismail. Anggota-anggota ABDB ini akan
bernaung di bawah Batalion Malaysia 5 (Malbatt 5) sebelum penempatan
mereka di Lubnan bagi tugas pengamanan.
Diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, Majlis
Doa Selamat telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka
Hj Mustappa bin Hj Sirat.
Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Yang Mulia Mejar Jeneral Dato
Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato
Seri Paduka Haji Abidin bersama Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan,
Pengarah-pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-pegawai Kanan dan
Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan anggota ABDB .