SINGAPORE, Friday, 11 May 2018 – The 8th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) was held at the Novotel Clarke Quay Hotel and the Singapore Armed Forces (SAF) Medical Corps Headquarters, Nee Soon Camp from 9 to 11 May 2018. The theme of the conference was ‘Emerging Challenges in Military Medicine’. Brunei Darussalam was represented by a delegation led by the Chief Medical Officer of Medical Services, Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Colonel Dr Awg Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan.

The programme included a presentation from the Young ASEAN Military Medical Officers (YAMMOs), where RBAF presented on ‘Recruitment, Training and Retention of Military Medics’.

With a view to continue improving relationships across the ASEAN military medical community, the Conference also included a Senior Officers’ Meeting and a Heads of Delegation Meeting. Colonel Dr Awg Mohd Hafizul also took the opportunity to have a bilateral call with Rear Admiral (Dr) Tang Kong Choong, SAF Chief of Medical Corps during the ACMMC.

The delegates of the conference were also given a tour and witnessed demonstrations of medical emergency response and training at the SAF Medical Corps Headquarters and SAF Medical Training Institute (SMTI), Nee Soon Camp.

Cambodia will be the next host for the 9th ACMMC in 2019.

MESYUARAT PERSIDANGAN KETUA-KETUA TENTERA PERUBATAN ASEAN (ACMMC) KE-8 DI SINGAPURA

SINGAPURA, Jumaat, 11 Mei 2018 – Persidangan Ketua-Ketua Tentera Perubatan ASEAN (ACMMC) ke-8 telah diadakan di Hotel Novotel Clarke Quay dan Markas Kor Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Nee Soon pada 9 hingga 11 Mei 2018. Tema bagi persidangan tersebut adalah ‘Cabaran-Cabaran Baru Dalam Bidang Perubatan Ketenteraan’. Brunei Darussalam telah diwakili oleh kumpulan delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Perubatan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kolonel Dr Awg Mohd Hafizul bin Haji Awg Mohd Hassan.

Program persidangan tersebut termasuk satu Program Pembentangan daripada Pegawai Perubatan ASEAN Muda (YAMMO) di mana ABDB telah memberi pembentangan mengenai ‘Pengambilan, Latihan dan Pengekalan Medik Tentera’.

Untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara kesemua komuniti perubatan tentera di ASEAN, ACMMC juga mengadakan Mesyuarat bagi Pegawai-Pegawai Kanan, dan juga Mesyuarat bagi Ketua-Ketua Tentera Perubatan. Kolonel Dr Awg Mohd Hafizul bin Hj Awg Mohd Hassan juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dua hala dengan Rear Admiral (Dr) Tang Kong Choong, Ketua Kor Perubatan, SAF juga telah diadakan semasa ACMMC.

Ahli-ahli delegasi juga telah diberi program lawatan dan demonstrasi perubatan kecemasan dan latihan di Markas Kor Perubatan SAF dan Institut Latihan Perubatan SAF, Kem Nee Soon.

Cambodia akan menjadi tuan rumah bagi ACMMC ke-9 pada tahun 2019.