BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 08 May 2013 – As part of the recreation program for the 7th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), the leaders, spouses and delegation had the opportunity to explore and experience variety of culture, food and hospitality of the local community.

There was a friendly golf match involving His Excellency General Tea Banh – Deputy Prime Minister and Minister of National Defence, Kingdom of Cambodia and the RBAF Commander, Major General Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin as well as senior officials from both sides.

Meanwhile the delegation of His Excellency Air Chief Marshal Sukampol Suwannathat, Minister of Defence, Kingdom of Thailand visited the Oil and Gas Discovery Centre in Seria.

At Kampong Sungai Matan, spouses of the Minister of Defence, Republic of Indonesia, Madam Dualismi Purnomo Yusgiantoro and the Vice Prime Minister, Minister of National Defence, Lao People’s Democratic Republic Madam Thanda Phichith as well as spouse of Secretary General Ministry of Defence Malaysia, Yang Berbahagia Dato Sri Dr Haji Ismail bin Haji Ahmad, Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Normah binti Haji Karim were received by the Village Head of Kampong Sungai Matan, Pg Hj Abd Rahman bin Pg Haji Zainal.

The visiting entourage was accompanied by Datin Hajah Noryasimah binti Abdullah, wife of the Chairman of 7th ADMM; wife of the Deputy Minister of Defence, Pengiran Datin Hajah Jamilah binti Pengiran Haji Mohd Yussof, spouses of respective ambassadors of Indonesia and Laos as well as High Commissioner of Malaysia.

His Excellency General Tea Banh – Deputy Prime Minister and Minister of National Defence,


Kingdom of Cambodia in action.


(Left) Managing Director of Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad (BSP), Ken Marnoch

briefing His Excellency Air Chief Marshal Sukampol Suwannathat, Minister of Defence, Kingdom of Thailand

about the oil and gas exhibition at the Oil and Gas Discovery Centre (OGDC).

ISTERI-ISTERI PEMIMPIN ADMM KE 7 NIKMATI PELBAGAI BUDAYA, MASAKAN TEMPATAN


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 8 Mei 2013
Sebagai sebahagian daripada program rekreasi sempena Mesyuarat
Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Kali Ke-7, para pemimpin,  isteri serta
delegasi berpeluang untuk menikmati pelbagai budaya , masakan dan
kemesraan masyarakat tempatan.

Salah
satu daripadanya adalah permainan golf persahabatan yang melibatkan
Tuan Yang Tuan Yang Terutama Jeneral Tea Banh – Timbalan Perdana Menteri
& Menteri Pertahanan Nasional, Kerajaan Kemboja bersama  Pemerintah
ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin
Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta
pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua belah pihak.

Sementara
itu, delegasi Tuan Yang Terutama Ketua Marsyal Udara Sukampol
Suwannathat, Menteri Pertahanan, Kerajaan Thailand mengadakan lawatan ke
Pusat Penemuan Minyak dan Gas di Seria.

Manakala
di Kampong Sungai Matan, isteri kepada Menteri Pertahanan, Republik
Indonesia, Puan Dualismi Purnomo Yusgiantoro; isteri kepada Naib Perdana
Menteri & Menteri Pertahanan Negara, Demokratik Rakyat Lao, Puan
Thanda Phichith dan Isteri kepada Ketua Setiausaha Kemententerian
Pertahanan Malaysia Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Normah binti Haji
Karim serta rombongan telah dialu-alukan oleh Ketua Kampong Sungai
Matan, Pg Hj Abd Rahman bin Pengiran Haji Zainal.

Rombongan
lawatan ini diiringi oleh Datin Hajah Noryasimah binti Abdullah, isteri
kepada Pengerusi Mesyuarat  Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Kali Ke7-;
isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Pg Datin Hajah Jamilah binti
Pg Haji Mohd Yussof, dan juga para isteri duta-duta besar Indonesia
serta Laos dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.