MUARA, Monday 22 January 2018 – The 4th Navy to Navy Talks between the Royal Brunei Navy (RBN) and Royal Malaysian Navy (RMN) was held at the Multi-National Coordination Centre (MNCC), Muara Naval base.
Captain Haji Othman bin Haji Suhaili @ Haji Sulhail, RBN, Deputy Commander of RBN delivered the welcoming remarks, where he highlighted the long-standing and close relations between both navies. He shared that the Naval Working Group platform has matured over the years and in 2017, it was agreed to rename it as the Navy to Navy Talks.
Commander Khairil bin Haji Abdul Rahman, RBN, Chief of Staff, RBN and Rear Admiral Datuk Khairul Anuar bin Yahya, RMN, Assistant Chief of Staff Operations and Exercises, RMN co-chaired the talks. Discussions focused on issues of mutual interest and opportunities to build capacity such as through exercises, courses and trainings.
The head of the RMN delegation, Rear Admiral Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Assistant Chief of Staff Operations and Exercises, RMN HQ and Lieutenant Commander Farish bin Ahmad, RMN, Staff Officer 1 International Relations, RMN HQ also paid a courtesy call to First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi Bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of RBN. During the courtesy call, both sides expressed satisfaction with their long standing bilateral ties and discussed opportunities to further strengthen cooperation between the two navies.
The 5th Navy to Navy Talks will be hosted by the RMN.


`NAVY TO NAVY TALKS’ DI ANTARA TLDB DAN TLDM
MUARA, Isnin 22 Januari 2018 – Mesyuarat ‘Navy to Navy Talks’ yang ke empat diadakan di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Multi-National Coordination Centre (MNCC), Pangkalan Muara.
Dalam ucapan alu-aluan, Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Haji Sulhail, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB menekankan hubungan yang rapat dan sudah lama terjalin di antara kedua-dua tentera laut. Beliau seterusnya membuat pengamatan mengenai peningkatan kerjasama di platform Naval Working Group di mana kedua belah pihak telah bersetuju pada tahun 2017 untuk menukar nama ke ‘Navy to Navy (N2N) Talks’.
Pengerusi bersama bagi mesyuarat tersebut ialah Komander Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, Ketua Staf TLDB dan Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar bin Yahya, TLDB, Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais, TLDM. Perbincangan memfokuskan kepada isu-isu kepentingan bersama dan peluang untuk meningkatkan kapasiti termasuk eksesais, kursus dan latihan.
Ketua delegasi TLDM, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar bin Yahya, Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais, Markas TLDM dan Leftenan Komander Farish bin Ahmad, TLDM, Pegawai Staf 1 Hubungan Antarabangsa, Markas TLDM juga berpeluang untuk membuat kunjungan hormat kepada Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi Bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak melahirkan rasa puas hati di atas hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan membincangkan mengenai peluang untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di antara TLDB dan TLDM.
Mesyuarat ‘Navy to Navy Talks’ yang ke lima akan dihoskan oleh TLDM.