BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 21 October 2020 – The 49th Pacific Area Senior Officer Logistics Seminar (PASOLS) convened virtually on Wednesday. Initiated by US Army in 1971, PASOLS aims to promote open dialogue for military logistics chiefs in the Asia-Pacific region to further build supply chain networks and enhance cooperation towards a more consolidated response to common security challenges. 

With the theme “Worldwide COVID-19 Logistics Impact”, the seminar was chaired by Brigadier General Jered P. Helwig, US Army from the United States Pacific Command (USPACOM) and representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was Lieutenant Colonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud, Director of Logistics.

Present were heads and representatives of military logistics organisations from 18 countries including Australia, Cambodia, Canada, China, France, Indonesia, Japan, Korea, Maldives, New Zealand, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Tonga, United Kingdom and United States. 

During the seminar, delegations from Canadian Armed Forces, Sri Lanka Navy Logistics Network and Korea-Quarantine & Logistics shared on the impact of COVID-19 towards their Military Supply Chain. The seminar also deliberated on the 50th PASOLS Tiger Team which will be held virtually from the 14 – 16 December 2020 focusing on Joint/ Multinational/ Multiagency Logistics. 

PASOLS serves as an annual regional event that gives military logistics chiefs the opportunity to come together, interact closely and exchange logistics ‘best practices’. This annual seminar reflects its importance in shaping a more robust interoperable relationship in addressing the multifaceted challenges in the Asia-Pacific region.


SEMINAR PACIFIC AREA SENIOR OFFICER LOGISTICS KE-49

BOLKIAH GARISON, Rabu, 21 Oktober 2020 – Seminar Pacific Area Senior Officer Logistics yang ke-49 (PASOLS) telah diadakan pada hari Rabu. Ianya telah ditubuhkan oleh Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1971 yang bertujuan untuk mempromosikan dialog terbuka untuk ketua logistik ketenteraan di Asia Pasifik untuk membangun rangkaian pembekalan dan meningkatkan kerjasama ke arah tindak balas yang lebih bersepadu terhadap cabaran keselamatan bersama.

Dengan tema “Impak Logistik COVID-19 Seluruh Dunia”, seminar ini dihoskan oleh Brigedier Jeneral Jered P. Helwig, United States Pacific Command (USPACOM) dan mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah Leftenan Kolonel Haji Abdul Kadir bin Haji Mahmud, Pengarah Logistik.

Turut hadir adalah ketua dan wakil organisasi logistik ketenteraan daripada 18 negara termasuk Australia, Kemboja, Kanada, China, Perancis, Indonesia, Jepun, Korea, Maldives, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Tonga, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Dalam persidangan itu, delegasi dari Canadian Armed Forces, Sri Lanka Navy Logistics Network dan Korea-Quarantine & Logistics berkongsi mengenai kesan COVID-19 terhadap Rantaian Bekalan Ketenteraan mereka. Seminar ini juga membincangkan PASOL Tiger Team ke-50 yang akan diadakan dari 14 – 16 Disember 2020, dengan fokus pada Logistik Bersama / Multinasional / Multiagensi. 

PASOLS merupakan acara tahunan di rantau ini yang memberikan peluang kepada ketua logistik tentera untuk berkumpul, berinteraksi rapat dan berkongsi ‘best practices’. Seminar tahunan ini menggambarkan kepentingannya yang berterusan sebagai platform perbincangan mencerminkan peranannya dalam membentuk hubungan interoperable yang lebih mantap dalam menangani pelbagai cabaran di rantau Asia Pasifik.