MUARA NAVAL BASE, Friday 23 May 2014 – Royal Brunei Armed Forces (RBAF) awarded 402 of its in-service and retired RBAF personnel, 16 officers inclusive, with medals for Long Service and Good Conducted this morning.
In a ceremony held at the Royal Brunei Navy Parade Square at the Muara Naval Base, the medals were presented by the RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohammad Tawih bin Abdullah to the recipients.
The medal recipients were made up of the 89th, 90th, 91st, 92nd, 93rd, 94th, 95th, 96th Male Recruitment Intake; and the Female Recruitment of 27th, 28th, 29th, 30th, 31st, 32nd, 33rd, and 34th intake.
The medals are conferred to military personnel with an exemplary record of conduct throughout their 18 years’ of unblemished service. The Long Service and Good Conduct Medal are also awarded as a mark of appreciation for the selected members of the RBAF who distinguished themselves by outstanding meritorious achievement and service to the RBAF. Apart from that, the medals were given to ex-RBAF personnel with a staunch contribution.
The parade was led by Acting Lieutenant Colonel (U) Haszahaidi bin Hj Ahmad, who also received the medal.









MUARA, Jumaat 23 May 2014 -
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyampaikan
penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) kepada 402
anggota tentera termasuk 16 orang pegawai yang masih berkhidmat dan yang
telah bersara pada pagi ini.
Majlis penyampaian pingat yang diadakan di Padang Kawad Tentera Laut
Diraja Brunei di Pangkalan Laut Muara telah disempurnakan oleh
Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral
Dato Seri Pahlawan Mohammad Tawih bin Abdullah selaku tetamu kehormat.
Penerima-penerima pingat terdiri daripada Pengambilan Lelaki ke 89,
90, 91, 92, 93, 94, 95, 96; dan Askar Wanita Pengambilan ke 27, 28, 29,
30, 31, 32, 33, and 34.
Pengurniaan pingat adalah diberikan kepada anggota tentera yang
mempunyai rekod kelakuan teladan sepanjang 18 tahun perkhidmatan tanpa
dicemari. Pengurniaan Pingat ini adalah juga sebagai pengiktirafan
anggota-anggota ABDB yang terpilih dan telah memberikan perkhidmatan
yang berkesan melangkaui kebiasaan, di samping menunjukkan kebolehan,
cekap, berilmu dan berkepakaran dalam kerjaya masing-masing serta
berperangai baik. Selain dari itu, ianya diberikan adalah untuk
mengenang jasa bakti tentera yang telah berkhidmat di ABDB.
Perbarisan tersebut diketuai oleh Pemangku Leftenan Kolonel (U)
Haszahaidi bin Hj Ahmad, yang juga merupakan salah satu penerima pingat.