BOLKIAH GARRISON, Monday, 12 November 2018 – The 3rd Joint Defence Cooperation Committee (JDCC) Meeting between Brunei Darussalam and the Republic of Indonesia was successfully conducted in Brunei Darussalam today. The meeting was co-chaired by Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, Permanent Secretary, Ministry of Defence of Brunei Darussalam, and Air Marshal Hadiyan Sumintaatmadja, Secretary-General, Ministry of Defence of the Republic of Indonesia.

Both sides expressed pleasure over the developments that contributed to improving bilateral between the two countries. Both sides also exchanged views on current security environment and the status of defence relations through the various engagements involving respective countries. Future opportunities to enhance defence cooperation were also explored.

The 3rd JDCC Meeting builds on the momentum from the 2nd JDCC Meeting which was held on 24 November 2016 in Jakarta, Republic of Indonesia. The establishment of the JDCC resulted from the signing of the Memorandum of Understanding in Defence Cooperation on 10 April 2003.



MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA PERTAHANAN BERSAMA (JDCC) YANG KE-3 DIJALANKAN DI BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 12 November 2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Pertahanan Bersama (JDCC) yang ke-3 antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia telah berjaya dilaksanakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, dan Marsekal Madya TNI Hadiyan Sumintaatmadja, Sekreteris-Jenderal Kementerian Pertahanan, Republik Indonesia.

Kedua belah pihak menyuarakan rasa berpuas hati dengan perkembangan yang telah menyumbang kepada peningkatan terhadap hubungan dua hala di antara kedua buah negara. Kedua belah pihak juga berpeluang untuk bertukar pandangan mengenai hal ehwal keselamatan rantau dan status hubungan pertahanan melalui pelbagai interaksi yang melibatkan kedua buah negara. Peluang masa depan bagi meningkatkan kerjasama pertahanan juga dibincangkan.

Mesyuarat JDCC yang ke-3 ini membina momentum dari mesyuarat JDCC yang ke-2 yang telah diadakan pada 24 November 2016 di Jakarta, Republik Indonesia. Penubuhanan JDCC ini adalah kesinambungan daripada penandatangan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada 10 April 2003.