TANAH JAMBU, Monday 24 October 2016 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam is hosting the Third Ad-Hoc Working Group Meeting on Establishing a Direct Communications Link (DCL) in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Process from 24 – 26 October 2016.
The three-day meeting at the RBAF Defence Academy was officiated by the Acting Permanent Secretary of Defence at the Ministry of Defence, Captain (Rtd) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN.
This Meeting is a follow-up from the Second Ad-Hoc Working Group Meeting in 2015 and will deliberate further on the progress of establishing the DCL since the adoption of its Concept Paper in 2014. As discussed in previous meetings, the DCL initiative has been divided into three phases, with the first phase currently nearing implementation.
The Meeting will also move forward in its discussion on the second and third phases where invited practitioners and experts from China, Malaysia, Philippines, Singapore and the United States will share their extensive knowledge and experiences on different forms of hotlines.
The Direct Communications Link was proposed by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Áli Saifuddien Saádul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in his capacity as Chairman of the 22nd ASEAN Summit in 2013, to prevent the escalation of maritime disputes in the region. Set within the current complex maritime domain, the DCL initiative is one of ASEAN’s key confidence-building measure intended to reduce vulnerability to miscalculations, avoid misunderstanding and undesirable incidents at sea.

MESYUARAT KALI KE 3 KUMPULAN KERJA DCL
TANAH JAMBU, Isnin 24 Oktober 2016 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan Mesyuarat Ad-Hoc Kumpulan Kerja Yang Ketiga mengenai menubuhkan Perhubungan Secara Langsung (Direct Communications Link) dalam Proses Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN pada 24-26 Oktober 2016.
Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari di di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Akademi Pertahanan ini telah dirasmikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap Pertahanan di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.
Mesyuarat ini adalah susulan kepada Mesyuarat Ad-Hoc Kumpulan Kerja Yang Kedua yang telah diadakan pada tahun 2015 dan akan membincangkan lebih lanjut mengenai perkembangan penubuhan DCL sejak penerimaan Kertas Konsepnya pada tahun 2014. Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat sebelumnya, inisiatif DCL telah dibahagikan kepada tiga fasa, yang mana fasa pertama sedang menghampiri pelaksanaannya.
Mesyuarat ini juga akan membincangkan fasa kedua dan ketiga, yang mana pakar-pakar teknologi dari China, Malaysia, Filipina, Singapura dan Amerika Syarikat telah diundang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bentuk talian hotline.
DCL tersebut telah dicadangkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Áli Saifuddien Saádul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas sifatnya sebagai Pengerusi ke-22 Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013, untuk mengelakkan peningkatan pertikaian maritim di rantau ini. Dalam domain maritim yang kompleks pada masa kini, inisiatif DCL adalah salah satu daripada pelbagai langkah membina keyakinan utama ASEAN yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada kesilapan, mengelakkan salah faham dan kejadian yang tidak diingini di laut.