BERAKAS GARRISON, Friday 30 May 2014 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of​ Negara Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), the Royal Brunei Armed Forces announced that 39 RBAF Officers have been consented to be promoted.

The promotion ceremony took place this morning at the Officers’ Mess Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the RBAF.

Seven officers promoted to Substantive Major and Four officers promoted to Acting Major.

While 22 officers promoted to Substantive Captain, two officers promoted to Acting Captain, one officer promoted to Substantive Lieutenant.

For Special Commission, one officer promoted to Substantive Major and two officers promoted to Substantive Captain.

Present at the ceremony were members of Defence Executive Committee members, Directors and Officers of Ministry of Defence and RBAF as well as family members of the promoted officers.

 39 PEGAWAI ABDB DI NAIKKAN PANGKAT


BERAKAS GARISON, Jumaat  30 Mei 2014 –
Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah
Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei sukacita mengumumkan bahawa seramai 39 orang
pegawai-pegawai ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat. 
Majlis kenaikan pangkat berlangsung pagi ini di Mes Pegawai Berakas
Garison.

Hadir
selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma
Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah,
Pemerintah ABDB.

Tujuh orang pegawai dinaikkan ke pangkat Mejar Tetap dan empat orang pegawai dinaikkan ke pangkat Pemangku Mejar.

Sementara
22 orang pegawai dinaikkan ke Kapten Tetap, dua orang pegawai dinaikkan
ke pangkat Pemangku Kapten dan seorang pegawai dinaikkan ke pangkat
Leftenan.

Manakala
bagi Tauliah Khas, seorang pegawai dinaikkan ke pangkat Mejar Tetap dan
dua orang pegawai dinaikkan ke pangkat Kapten Tetap.

Turut
hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Komiti Pertahanan,
Pengarah-pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian
Pertahanan dan ABDB  dan juga keluarga pegawai-pegawai  ABDB yang
dinaikkan pangkat.