BOLKIAH GARRISON, Wednesday 23 September 2015 – Thirty Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel who were embedded under the command of Malaysian Battalion 850-2 (MALBATT 850-2) returned home safely after serving with the United Nations Interim Force (UNIFIL) in Lebanon.

On hand to welcome the UNIFIL contingent led by Major Pg Malik Yusri bin Pg Haji Zaidi was RBAF Commander, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. The ceremony took place at Bolkiah Gymnasium Hall at Bolkiah Garrison.

Also present were members of Defence Executives Committee, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, Services Commanders and Commandants, Directors, senior officers and officers of Ministry of Defence and RBAF and family members.

The RBAF UNIFIL contingent left the country on 25 August 2014.

The deployment of Brunei Darussalam contingents in Lebanon since 2008 is in line with the United Nations mandate and an opportunity for the RBAF to show Brunei’s presence in the United Nations peacekeeping force.







30 ANGGOTA KONTINJEN UNIFIL SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

BOLKIAH GARISON, Rabu, 23 September2015 – Seramai 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di bawah Batalion Malaysia 850-2 (MALBATT 850-2) yang menyertai misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) selamat kembali ke tanah air hari ini.

Kepulangan rombongan UNIFIL tersebut di Dewan Gymnasium Bolkiah Garison dialu-alukan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah.

Juga hadir Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai di Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli keluarga para anggota.

Kontinjen UNIFIL yang diketuai oleh Mejar Pg Malik Yusri bin Pg Haji Zaidi itu telah bertolak meninggalkan negara pada 25 Ogos 2014 lepas.

Negara Brunei Darussalam yang menghantar misi pengaman ke Lubnan sejak tahun 2008 itu adalah sejajar dengan mandat PBB, selain memberi peluang kepada ABDB untuk menunjukkan keterlibatan Negara Brunei Darussalam dalam pasukan pengaman PBB.