BOLKIAH GARRISON, Thursday 1 September 2016 – A send – off ceremony was held this morning for 30 personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) who will be on a peace keeping mission to Lebanon under the United Nations Interim Force (UNIFIL).
The RBAF peacekeeper will join troops from Malaysia under the command of Malaysian Battalion 850-4 (MALBATT 850-4).
At the ceremony, the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit presented the national flag to the head of UNIFIL contingent, Major Azhan bin Haji Ahmad and later installed United Nation’s beret and logo on each RBAF personnel.
Among those present were the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah; Datin Paduka Hjh Suriyah binte Haji Umar, Permanent Secretary at Ministry of Defence, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam; Service Commanders; as well as members of the Defence Executive Committee, military and civilian Directors, Commandants and RBAF senior officers.


30 ANGGOTA ABDB SERTAI KONTINJEN PENGAMAN KE UNIFIL LUBNAN
BOLKIAH GARISON, Khamis 1 September 2016 – Majlis pemergian telah diadakan pagi ini bagi 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan mengikuti penugasan misi pengaman ke Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Pasukan pengaman ABDB ini akan menyertai pasukan tentera dari Malaysia di bawah pimpinan Batalion Malaysia 850-4 (MALBATT 850-4).
Di majlis tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit telah menyerahkan bendera negara kepada ketua kontinjen UNIFIL, Mejar Azhan bin Haji Ahmad dan seterusnya memakaikan beret dan logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada setiap anggota Pengaman ABDB.
Antara yang hadir ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Datin Paduka Hjh Suriyah binte Haji Umar, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah awam dan tentera, Komandan-komandan dan pegawai-pegawai kanan ABDB.