BERAKAS GARRISON, Thursday, 12 December 2019 – A total of 298 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel, consisting of in-service and retired personnel, with the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, received medals for long service and good conduct at a ceremony held at First Battalion Parade Square, Berakas Garrison. 

The award ceremony was officiated by Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, as the guest of honour. Present during the event were RBAF Services Commanders, Joint Force Commander, Directors, Commandants, RBAF senior officers and officers.

The medals serve as a token of appreciation to military personnel for their meritorious service that was performed with full dedication and integrity. The award is also an encouragement to other members of the RBAF to continue the spirit of professionalism and excellence in the military.




298 ANGGOTA ABDB TERIMA PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA)

BERAKAS GARISON, Khamis, 12 Disember 2019 – Seramai 298 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi penerimaan anugerah pingat kerja lama dan perangai baik di Majlis Rasmi Penyampaian Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama, Berakas Garison.

Penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ABDB.

Anugerah ini juga merupakan tanda penghargaan kepada anggota tentera bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti. Ia juga merupakan galakan kepada ahli-ahli anggota ABDB untuk meneruskan semangat profesionalisme dan kecemerlangan dalam perkhidmatan tentera.