BOLKIAH GARRISON, Monday, 31 October 2022 – The 28th Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise, 2022 between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN), has concluded in a virtual closing ceremony that took place in the Joint Headquarters Meeting Room, Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
During the ceremony, closing remarks were delivered by Rear Admiral Erik Eslich, Deputy Commander, United State Seventh Fleet (US 7th Fleet) and Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander, RBAF.
Rear Admiral Erik Eslich, Deputy Commander US 7th Fleet, stated that CARAT Exercise with Brunei Darussalam is a bilateral exercise between the two Armed Forces that focuses on strengthening regional maritime security readiness; whereas Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Joint Force Commander, RBAF, in his remarks emphasised the importance of CARAT Exercise in further enhance the long bilateral relations between both countries and expressed his satisfaction on the success of the 28th CARAT Exercise.
The 28th CARAT Exercise is aimed to enhance regional cooperation, interoperability and strengthen professional skills among participating forces. These initiatives highlighted RBAF and USN commitments to ensuring that the 28th CARAT Exercise was carried out with best practices.


MAJLIS PENUTUP EKSESAIS CARAT YANG KE-28
BOLKIAH GARISON, Isnin, 31 Oktober 2022 – Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) 2022 yang ke-28 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) telah diakhiri dengan Majlis Penutup secara dalam talian bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Semasa majlis tersebut, ucapan penutup telah disampaikan oleh Laksamana Muda Erik Eslich, Timbalan Pemerintah, Seventh Fleet Amerika Syarikat (7th Fleet AS) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah Angkatan Bersama (AB), ABDB.
Dalam ucapan Laksamana Muda Erik Eslich, beliau menyatakan bahawa Eksesais CARAT bersama Negara Brunei Darussalam adalah eksesais dua hala di antara kedua Angkatan Tentera yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kesediaan keselamatan maritim serantau; sementara Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemerintah AB, ABDB dalam ucapan beliau menekankan kepentingan Eksesais CARAT dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin di antara kedua-dua negara dan merakamkan rasa puas hati atas kejayaan dalam perlaksanaan Eksesais CARAT yang ke-28.
Eksesais CARAT yang ke-28 bertujuan untuk meningkatkan kerjasama serantau, interoperabiliti dan mengukuhkan perkongsian kemahiran di antara tentera yang terlibat. Inisiatif ini menyerlahkan komitmen ABDB dan TLAS dalam memastikan Eksesais CARAT yang ke-28 telah dilaksanakan dengan sebaiknya.