PENANJONG GARRISON, Friday 18 December 2015 – A total of 288 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel, consisting of in-service and retired personnel, with the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, received medals for long service and good conduct at an official Long Service and Good Conduct Award Ceremony held at the Ground Parade of the Training Institute (RBAF) in Penanjong Garrison today.

On hand to present the medals to the recipients was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohammad Tawih bin Abdullah. Also receiving the medal was the Deputy Permanent Secretary (Technology) Ministry of Defence, Captain (Rtd) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh.

The medal, which is a sign of appreciation to military personnel in the institution of defence, were awarded for meritorious service and recognition of personnel service towards the religion, ruler and nation and for leading by good examples in giving excellent services with full dedication, integrity and dignity.

The awarding of the medals is in line with RBAF’s vision to enhance their fine quality of human resources that will continue to strengthen the forces’ ability and prestige, and constantly ready in facing current challenges, technologically literate and possess a well-informed management and leadership skills.

As a defence institution, this award is also an encouragement to other members of the forces to continue to serve professionally and with excellence especially for the RBAF, and Brunei Darussalam in general.

 










288 ANGGOTA ABDB TERIMA PINGAT KERJA LAMA
DAN PERANGAI BAIK (TENTERA)


PENANJONG GARRISON, Jumaat 18 Disember 2015 – Seramai 288 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi penerimaan anugerah pingat kerja lama dan perangai baik di Majlis Rasmi Penyampaian Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera)  bertempat di Padang Kawad Institut Latihan (ABDB) di Penanjong Garison hari ini.

Hadir bagi menyampaikan pingat-pingat kepada para penerima ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohammad Tawih bin Abdullah. Turut menerima pingat ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) Kementerian Pertahanan, Kepten (Bersara) Haji Mohd Amirul Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, TLDB.

Pingat yang merupakan tanda penghargaan kepada anggota tentera dalam institusi pertahanan ini, dianugerahkan atas perkhidmatan cemerlang dan mengiktiraf perkhidmatan anggota terhadap  Agama, Raja dan Negara serta yang telah memberikan contoh pimpinan yang baik dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan penuh dedikasi, integriti dan maruah.

Penganugerahan pingat ini adalah sejajar dengan wawasan ABDB untuk meningkatkan lagi kualiti baik sumber manusia yangmana akan terus mengukuhkan keupayaan dan prestij angkatan tentera, dan sentiasa siap-sedia dalam menghadapi cabaran semasa, celik teknologi dan mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan bermaklumat.

Sebagai sebuah institusi pertahanan, anugerah ini juga merupakan galakan kepada ahli-ahli anggota tentera lain untuk terus berkhidmat secara profesional serta kecemerlangan khususnya bagi ABDB, dan Negara Brunei Darussalam amnya.