BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 01 October 2026 – The 22nd Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting between Brunei Darussalam and Malaysia was held today at the Rizqun International Hotel, Gadong.
The meeting was co-chaired by Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Permanent Secretary (Policy and Administration), Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim bin Ali, Secretary General, Ministry of Defence, Malaysia.
During the meeting, both sides reaffirmed the strong and longstanding defence ties between the two countries, and discussed a comprehensive range of interactions including exchanges of visits, defence-related agreements, military exercises, courses and training, as well as the deployment of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel within the Malaysian Battalion (MALBATT) as part of the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Both sides also explored future areas of cooperation and exchanged views on issues of mutual interest.
The JDWC was established following the signing of the Memorandum of Understanding (MOU) on Defence Cooperation on 14 February 1992, with the inaugural JDWC held in 1993. The convening of the meeting reflects the continued commitment of both countries to further strengthen defence relations and the enduring friendship between Brunei Darussalam and Malaysia.






MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KE-22 ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 01 Oktober 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) ke-22 antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah diadakan pada hari ini di Rizqun International Hotel, Gadong.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, dan Yang Berbahagia Datuk Lukman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, Malaysia.
Semasa mesyuarat tersebut, kedua belah pihak menegaskan semula hubungan pertahanan yang erat dan sekian lama terjalin antara kedua-dua negara, serta membincangkan pelbagai bidang kerjasama pertahanan termasuk pertukaran lawatan, perjanjian berkaitan pertahanan, eksesais ketenteraan, kursus dan latihan, serta penempatan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama Batalion Malaysia (MALBATT) sebagai sebahagian daripada United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Kedua belah pihak turut meneroka bidang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa hadapan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama.
JKPB ditubuhkan susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Pertahanan pada 14 Februari 1992, dengan mesyuarat JKPB pertama diadakan pada tahun 1993. Pengendalian mesyuarat tersebut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dan persahabatan erat yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.