SINGAPORE, Saturday, 19 November 2016 – The 21st series of Exercise Maju Bersama between the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Singapore Army ended today in Mandai Camp Hill, Republic of Singapore.
The closing ceremony was attended by Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Commander of the RBLF and Major General Melvyn Ong Su Kiat, Chief of Army, Singapore Army.
The exercise, conducted in Singapore from 8 to 19 November 2016, involved approximately 350 personnel from the 2nd Singapore Infantry Brigade (2 SIB), 16th Command, Control, Communications, Computers and Intelligence Battalion (16 C4I Bn) and 2nd Battalion, RBLF.
First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Brunei Darussalam’s Deputy Minister of Defence, visited the exercise on 11 November 2016.
Brunei Darussalam and Singapore enjoys a close and long-standing defence relationship. This year’s Maju Bersama Exercise comes at an important time as both countries commemorate the 40th year of defence relations.
First conducted in 1995, the exercise continues to serve as a valuable platform for enhancing interoperability, interaction and mutual understanding between the two armies, as well as in enriching the wider scope of military cooperation between both armed forces’ as a whole.

EKSESAIS MAJU BERSAMA KE 21 BERAKHIR
SINGAPURA, Sabtu 19 November 2016 – Latihan Maju Bersama siri ke-21 antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Singapura berakhir hari ini di Mandai Camp Hill, Republik Singapura.
Majlis penutup telah dihadiri oleh Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah TDDB dan Mejar Jeneral Melvyn Ong Su Kiat, Panglima Tentera Darat Singapura.
Latihan yang dijalankan di Singapura dari 8 hingga 19 November 2016 ini melibatkan kira-kira 350 anggota dari 2nd Singapore Infantry Brigade (2 SIB), 16th Command, Control, Communications, Computers and Intelligence Battalion (16 C4I Bn) dan Batalion Ke-2, TDDB.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, Negara Brunei Darussalam telah mengunjungi latihan tersebut pada 11 November 2016.
Brunei Darussalam dan Singapura menikmati hubungan pertahanan yang erat dan yang sudah lama terjalin. Latihan Maju Bersama tahun ini amat bermakna kerana kedua-dua negara memperingati ulang tahun hubungan pertahanan yang ke-40.
Pertama kali dikendalikan pada tahun 1995, latihan ini terus menjadi landasan penting untuk meningkatkan interoperability, interaksi dan persefahaman antara kedua-dua tentera darat, seterusnya memperkayakan skop yang lebih luas dalam kerjasama ketenteraan kedua angkatan tentera secara keseluruhannya.