
TANAH JAMBU, Friday, 18 February 2022 – In conjunction with the Royal Brunei Armed Forces’ (RBAF) Diamond Jubilee celebration, an award ceremony for RBAF children who have attained excellent academic results for the year 2020 was held simultaneously across all RBAF units today. The event’s main focus was centred at the Auditorium of Defence Academy RBAF (DA RBAF).
The Guest of Honour was Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the RBAF. Also present were military directors, senior officers, as well as parents and guardians of the award recipients.
A total of 213 children of RBAF officers and personnel received excellence and appreciation awards in the form of certificates, monetary donations and gifts. Award recipients consisted of students who sat for their GCE ‘A’ Level, GCE ‘O’ Level,
Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB),
Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) and
Penilaian Sekolah Rendah for the year 2020.
The awards were contributions from the RBAF Welfare Fund and sponsors of the event namely Takaful Sendirian Berhad, Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA), S. Naaz Sendirian Berhad, The Cucur Tearoom, DCON Sendirian Berhad and Isfahani Sendirian Berhad.
The annual award ceremony aims to honour outstanding achievers, specifically the children of RBAF personnel. It also serves as an encouragement for the children to compete and excel during their examinations under their parents and guardians’ guidance. The event was conducted following the current COVID-19 guidelines.
The event also included prize presentations to winners of competitions in designing the RBAF Diamond Jubilee logo, RBAF Diamond Jubilee Stamp, and the RBAF Diamond Jubilee Service Bar.






PENGANUGERAHAN BAGI 213 ANAK-ANAK CEMERLANG
TANAH JAMBU, Jumaat, 18 Februari 2022– Bersempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ABDB, satu majlis penganugerahan bagi anak-anak ABDB yang memperolehi keputusan akademik yang cemerlang bagi tahun 2020 telah diadakan secara serentak di kesemua unit-unit di bawah ABDB pada hari ini. Tumpuan utama adalah di Akademi Pertahanan ABDB, Kg. Tanah Jambu.
Hadir selaku tetamu kehormat di AP ABDB adalah Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB. Turut hadir adalah pengarah-pengarah tentera, pegawai-pegawai kanan dan ibu bapa serta penjaga penerima anugerah.
Seramai 213 orang anak-anak pegawai dan anggota ABDB telah diberikan anugerah kecemerlangan dan penghargaan berupa sijil, wang tunai dan juga hadiah. Penerima-penerima anugerah terdiri daripada yang menduduki peperiksaan GCE ‘A’ Level, GCE ‘O’ Level, Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2020.
Anugerah tersebut adalah sumbangan dari Tabung Kebajikan ABDB dan penaja acara tersebut ialah Takaful Sendirian Berhad, Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA), S. Naaz Sendirian Berhad,
The Cucur Tearoom, DCON Sendirian Berhad dan Isfahani Sendirian Berhad.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar di atas pencapaian cemerlang khususnya kepada anak-anak pegawai dan anggota ABDB serta memberi dorongan kepada anak-anak di bawah bimbingan ibu bapa dan penjaga mereka, untuk bersaing dan mencapai prestasi cemerlang semasa peperiksaan. Majlis ini telah diadakan mengikut garispandu COVID-19 pada masa ini.
Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang merekacipta logo Jubli Intan ABDB, setem keluaran khas Jubli Intan ABDB dan Pingat Jubli Intan ABDB.