BOLKIAH GARRISON, Monday, 13 February 2023 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Ministry of National Defense of the People’s Republic of China held the inaugural Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting this morning.
 
The meeting was co-chaired by Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration) Ministry of Defence, Brunei Darussalam and Major General Zhang Bao Qun, Deputy Director of the Office for International Military Cooperation of the Central Military Commission (OIMC CMC), Ministry of National Defense of the People’s Republic of China. In attendance were key defence and senior military officials from both countries.
 
The JDWC meeting marked a significant milestone in the strong bilateral defence relations between Brunei Darussalam and the People’s Republic of China. During the meeting, both sides reaffirmed Brunei Darussalam and the People’s Republic of China’s close and longstanding defence relations, as well as expressed satisfaction with the active defence and military interactions that had taken place over the years. The JDWC meeting also covered bilateral defence cooperation and future opportunities, particularly for defence and military exchanges.

Brunei Darussalam and the People’s Republic of China established diplomatic relations on 20th September 1991 and had enjoyed cordial defence relations ever since. The defence relations between both countries had been further deepened with the signing of the 1st Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation on 12th September 2003.
 

 
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA KALI PERTAMA DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA

BOLKIAH GARISON, Isnin, 13 Februari 2023 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang pertama pada pagi ini.
 
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Mejar Jeneral Zhang Bao Qun, Timbalan Pengarah Office for International Military Cooperation of the Central Military Commission, Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan pertahanan dan Angkatan Tentera dari kedua-dua buah negara.
 
Mesyuarat JKPB tersebut menandakan satu pencapaian penting dalam hubungan pertahanan dua hala yang kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China. Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pihak mengesahkan hubungan pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China yang erat dan telah lama terjalin, serta melahirkan rasa puas hati terhadap interaksi aktif pertahanan dan ketenteraan yang telah mengambil tempat selama ini. Mesyuarat JKPB tersebut juga turut membincangkan mengenai kerjasama pertahanan dua hala serta peluang masa hadapan khususnya bagi pertukaran pertahanan dan ketenteraan. 
Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China menjalinkan hubungan diplomatik pada 20 September 1991 di mana kedua-dua buah negara menikmati hubungan pertahanan yang mesra. Hubungan pertahanan itu juga telah diperkukuhkan lagi dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) di bidang pertahanan pada 12 September 2003.