KUCHING, SARAWAK, Wednesday 13 February 2019 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Ministry of Defence Malaysia conducted the 19th Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting at Kuching, Sarawak.

The meeting was co-chaired by Dato Halimi bin Abd Manaf, Secretary General Ministry of Defence Malaysia and Captain (Retired) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence of Brunei Darussalam.

Both sides reaffirmed the close friendship between Brunei Darussalam and Malaysia as well as expressed their satisfaction on defence and military interactions at the senior and working level and also among both establishment’s junior officers.

The JDWC meeting also discussed on matters of bilateral defence cooperation and exchanged views on areas of mutual interest. The commencement of the JDWC represents the strong commitment from both sides to strengthen the existing bilateral defence and military relations and to enhance cooperation in both defence and military sectors.

Brunei Darussalam’s and Malaysia’s defence and military bilateral relations and cooperation encompass a wide range of interactions including the exchange of visits, joint military exercises, trainings, courses and meetings. The JDWC meeting was established through the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992 between Brunei Darussalam and Malaysia and the convening of the first JDWC meeting on 17 July 1993 in Kuala Lumpur.



MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA YANG KE-19 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN MALAYSIA

KUCHING, SARAWAK, Rabu, 13 Februari 2019 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Malaysia pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama yang ke-19 di Kuching, Sarawak.

Mesyuarat itu telah dipengerusi bersama oleh Yang Berbahagia Dato Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kepten (Bersara) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam.

Kedua-dua pihak mengesahkan persahabatan yang erat antara Brunei Darussalam dan Malaysia serta merakamkan rasa puas hati terhadap interaksi pertahanan dan ketenteraan di peringkat kanan dan kerja, serta di kalangan kedua-dua pegawai junior.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama yang ke-19 ini juga membincangkan hal-hal kerjasama pertahanan dua hala dan bertukar pandangan mengenai bidang-bidang kepentingan bersama. Anjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama menggariskan komitmen yang kuat kedua-dua pihak dalam mengukuhkan hubungan pertahanan dan tentera dua hala yang sedia ada dan meningkatkan kerjasama dalam kedua-dua sektor pertahanan dan ketenteraan.

Hubungan dan kerjasama dua hala pertahanan dan tentera Neagra Brunei Darussalam dan Malaysia merangkumi pelbagai interaksi termasuk pertukaran lawatan, latihan ketenteraan, eksesais, kursus dan mesyuarat bersama. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang ditandatangani pada 14 Februari 1992 antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan mengadakan mesyuarat yang pertamanya pada 17 Julai 1993 di Kuala Lumpur.