BOLKIAH GARRISON, Wednesday 6 September 2017 – The 18th Training and Exercise Working Committee Meeting between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Malaysian Armed Forces (MAF) was held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison, Ministry of Defence.
The meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Director of Personnel, Ministry of Defence and Major General Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan, Assistant Chief of Staff Defence Operation and Training Division, Malaysian Armed Forces Headquarters.
The meeting agenda covered matters pertaining to courses and trainings including professional military exchanges and also education programmes.
This annual meeting provides the platform for both sides to review the progress of the training cooperation and exercises. It also aims to promote information-sharing in areas of training as well as to enhance the overall effectiveness of joint military cooperation between the two armies. Furthermore, both armed forces are able to explore potential future trainings and exercises.
The Training and Exercise Working Committee Meeting is a series of meetings under the ambit of the Joint Defence Working Committee (JDWC) which is a platform to oversee and advance the bilateral defence relationship between Brunei Darussalam and Malaysia. The conduct of the Working Committee Meeting has resulted in numerous trainings, exercises and interactions that have forged stronger working relations between the RBAF and MAF.


MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN DAN EKSESAIS KALI KE-18 BRUNEI DARUSSALAM – MALAYSIA (BRUMAL)
BOLKIAH GARISON, Rabu 6 September 2017 – Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Eksesais (JKLE) ke-18 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diadakan di Mes Pegawai Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan dan Mejar Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan, Assisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mewakili pihak ATM.
Agenda mesyuarat tersebut meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus dan latihan, termasuk pertukaran ketenteraan profesional dan juga program pendidikan.
Mesyuarat tahunan JKLE ini berpeluang untuk meninjau perkembangan kerjasama latihan dan eksesais bagi kedua-dua Angkatan Tentera. Ini juga setentunya akan dapat memberikan peluang bagi kedua belah pihak untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing terutama sekali dari segi latihan, dan juga meningkatkan keberkesanan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua angkatan tentera. Selain itu, kedua-dua angkatan tentera dapat meneroka potensi masa depan latihan dan eksesais.
JKLE adalah salah satu siri mesyuarat di bawah Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang merupakan platform untuk mengawasi dan memajukan hubungan pertahanan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Mesyuarat JKLE ini telah menghasilkan banyak peluang untuk bekerjasama melalui latihan, eksesais dan interaksi yang mana telah menjalinkan hubungan kerja yang kukuh di antara ABDB dan ATM.