KAMPUNG KIARONG, Wednesday 17 May 2017 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 18 military officers and personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMA’AT) were appointed as Amils (tithe collectors) following an appointment ceremony held at the Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Mosque today.

Present to handover the certificates of appointment was Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Minister of Religious Affairs.

The 18 appointed Amils are part of the 323 Amils appointed nationwide and they will be responsible for the collection of zakat to ease the payment of tithe for the RBAF community in the month of Ramadhan.

Present for RBAF at the event was Colonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim, Chief of Staff of the RBAF.



18 ORANG PEGAWAI DAN ANGGOTA ABDB DITAULIAHKAN SEBAGAI AMIL BAGI TAHUN 1438/1439H

KAMPUNG KIARONG, Rabu 17 Mei 2017 – Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 18 orang pegawai dan anggota tentera dari Jabatan Agama (JAMA’AT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dilantik sebagai amil di majlis perlantikan yang berlangsung di Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah pada hari ini.

Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil lantikan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Anggota-anggota ABDB yang dilantik itu merupakan sebahagian daripada 323 Amil yang telah dilantik bagi mewakili seluruh negara dan mereka akan bertanggungjawab bagi mengumpulkan zakat serta bagi mempermudahkan masyarakat ABDB untuk menunaikan pembayaran zakat mereka di bulan Ramadhan.

Turut hadir selaku wakil ABDB di majlis tersebut ialah Kolonel Haji Abdul Hadi bin Haji Saim, Ketua Staff ABDB.