VANGVIENG, Tuesday, 30 April 2024 – The 17th Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual Meeting was organised by Military Science and History Department (MSHD), Ministry of National Defence, Lao PDR at S Vangvieng Boutique Hotel, Vangvieng, Lao PDR beginning today.
The meeting was chaired by Brigadier General Viengxay Somvichit, Director General of MSHD and attended by all members of NADI. Brunei Darussalam was represented by Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS). A welcoming remark was also made by Major General Saichay Kommasith, Permanent Secretary of National Defence and Laos ASEAN Defence Senior Officials Meetings (ADSOM) Leader.
Following Laos’ ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) chairmanship theme ‘ASEAN: Together for Peace, Security and Resilience’; NADI members discussed on enhancing ASEAN defence cooperation towards achieving regional peace, security and resilience. NADI members also discussed opportunities and challenges in ADMM-Plus membership expansion, and the review of ADMM and ADMM-Plus cooperation and its way forwards. SHHBIDSS also presented in Session 1, which was delivered by Ms. Nabilah Rahman, Research Officer from the Institute.
Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, researchers, academics and defence officials specialising in defence and security together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support the ADMM.
The annual meeting will end tomorrow, 1 May 2024.



MESYUARAT TAHUNAN TREK II RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) KE-17
VANGVIENG, Selasa, 30 April 2024 – Mesyuarat Tahunan Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) kali ke-17 yang dikelolakan oleh Jabatan Sains Tentera dan Sejarah (MSHD), Kementerian Pertahanan Negara, Lao PDR diadakan di S Vangvieng Boutique Hotel, Vangvieng, Lao PDR bermula hari ini.
Mesyuarat tahunan ini dipengerusi oleh Brigadier Jeneral Viengxay Somvichit, Ketua Pengarah MSHD dan telah dihadiri oleh kesemua ahli NADI. Hadir mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB). Ucapan alu-aluan juga telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Saichay Kommasith, Setiausaha Tetap Pertahanan Negara dan Ketua Mesyuarat Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) Laos.
Mengikuti tema Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bagi Laos sebagai pengerusi tahun ini iaitu ‘ASEAN: Together for Peace, Security and Resilience’, ahli NADI membincangkan tentang meningkatkan kerjasama pertahanan ASEAN ke arah mencapai keamanan, keselamatan dan daya tahan serantau. Ahli NADI juga membincangkan peluang dan cabaran dalam pengembangan keahlian ADMM-Plus, dan menyemak kerjasama ADMM dan ADMM-Plus serta langkah ke hadapannya. IPPSSHHB turut menyampaikan pembentangan dalam Sesi 1, yang telah disampaikan oleh Nabilah Rahman, Pegawai Penyelidik dari Institut.
Ditubuhkan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II yang menemukan penganalisa dasar, penyelidik, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan berkepakaran dalam isu-isu pertahanan dan sekuriti untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama bidang pertahanan dan sekuriti, bagi memberikan cadangan dalam menyokong ADMM.
Mesyuarat tahunan ini akan berlangsung hingga esok, 1 Mei 2024.