BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 1 June 2018 – A total of sixteen babies were born during the 57th anniversary celebration of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) yesterday.
Of the 16 babies, thirteen were born at Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital in Bandar Seri Begawan, and 3 at Suri Seri Begawan Hospital in Belait District.
Each infant received gifts in the form of monetary donation contributed by the RBAF, RBAF Wives’ Association (BAKTI) and RBAF Cooperative KOWIRA.
The wife of the Commander of RBAF, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim presented the gifts to the families at the RIPAS Hospital. Meanwhile, the wife of the Commander of Royal Brunei Air Force, Datin Eliza Maria Carlos binti Abdullah presented gifts at Suri Seri Begawan Hospital.
The presentation of gifts is an annual event to celebrate the babies born on the RBAF’s anniversary.


16 ANAK DAMIT LAHIR PADA HARI ULANG TAHUN ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 1 Jun 2018 – Seramai enam-belas orang anak telah dilahirkan pada 31 Mei 2018 di seluruh negara sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-57.
Daripada jumlah 16 tersebut, tiga-belas orang anak damit dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan 3 orang anak damit dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait.
Setiap anak damit dihadiahkan dengan cenderamata sumbangan wang daripada ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Koperasi ABDB (KOWIRA).
Isteri kepada Pemerintah ABDB, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim telah menyampaikan cenderahati di Hospital RIPAS. Manakala di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait disampaikan oleh isteri kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Datin Eliza Maria Carlos Binti Abdullah.
Penyampaian cenderahati tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan untuk menyambut kelahiran anak-anak yang jatuh pada Hari Ulang Tahun ABDB.