BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 29 November 2016 – Brunei Darussalam and Australia today held their 15th Joint Defence Working Committee (JDWC) Meeting at the Officer’s Mess, Bolkiah Garrison.
The Meeting was co-chaired by the Acting Director of Defence Policy at the Ministry of Defence of Brunei Darussalam, Mr Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud; and Director Singapore, Malaysia, Philippines, Brunei and Five Power Defence Arrangements (FPDA), International Policy Division, Department of Defence, Australia, Ms Anita Lewan.
The JDWC Meeting covered discussions on areas of mutual interests, focusing on the regional security challenges as well as reaffirmed the importance of the broad and long-standing bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Australia.
Ms Lewan also paid courtesy calls to the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; and the Commander of Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah.
The JDWC between Brunei Darussalam and Australia was established through the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of Australia signed on 10 May 1999. The MoU serves as a framework for fostering closer defence relations and cooperation between the defence establishments and armed forces of both countries, such as courses and training, military exercises, exchange of information on matters pertaining to security, defence products, and exchange of visits between the respective defence and military officials.


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA BRUNEI DARUSSALAM-AUSTRALIA KALI KE-15
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 November 2016 – Brunei Darussalam dan Australia hari ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) mereka yang ke-15 di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Pemangku Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud; dan Pengarah Singapura, Malaysia, Filipina, Brunei dan Five Power Defence Arrangements (FPDA), Bahagian Dasar Antarabangsa, Jabatan Pertahanan, Australia, Puan Anita Lewan.
Mesyuarat JKPB ini meliputi perbincangan ke atas bidang-bidang kepentingan bersama dengan penumpuan kepada cabaran-cabaran keselamatan serantau serta mengesahkan kepentingan hubungan pertahanan dua hala yang luas dan sudah lama terjalin di antara Brunei Darussalam dan Australia.
Puan Lewan juga mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd Tawih bin Abdullah.
JKPB di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia telah ditubuhkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Australia yang ditandatangani pada 10 Mei 1999. MoU berkenaan berfungsi sebagai rangkakerja untuk memupuk hubungan pertahanan dan kerjasama yang lebih erat di antara kementerian pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua negara, seperti kursus dan latihan, eksesais ketenteraan, pertukaran maklumat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan, produk pertahanan, dan pertukaran lawatan di antara pegawai-pegawai pertahanan dan tentera masing-masing.