
BERAKAS, Saturday, 25 June 2022 – The
Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA) held its 15th Annual General Meeting (AGM) at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison today.
The meeting was chaired by Major General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in his capacity as the Chairman of KOWIRA’s Board of Directors.
Among those present were members of the Board of Directors, shareholders comprising former RBAF Commanders and officers, military personnel including those who have retired.
The meeting aimed to highlight the performance and achievements of KOWIRA and inform shareholders on the percentage of dividend payouts. The meeting also discussed current financial standing, issues raised as well as business development and strategies.
Since its establishment in 1998, KOWIRA now has 979 members that aim to help improve the socioeconomic and welfare of its members.


MESYUARAT AGUNG KOWIRA KALI KE-15
BERAKAS, Sabtu, 25 Jun 2022 – Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Dengan Tanggungan Berhad (KOWIRA) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-15 di Dewan Pahlawan, Berakas Garison pada hari ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA.
Antara yang hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP), pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada mantan-mantan Pemerintah ABDB dan pegawai-pegawai ABDB serta anggota-anggota ABDB yang masih berkhidmat dan juga yang sudah bersara.
Tujuan mesyuarat diadakan ialah bagi mengetengahkan prestasi dan pencapaian KOWIRA dan memaklumkan kepada pemegang-pemegang saham berkaitan dengan peratus pembahagian dividen. Mesyuarat turut membincangkan kedudukan kewangan semasa, isu-isu yang dibangkitkan dan perkembangan serta strategi perniagaan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1998, KOWIRA kini mempunyai 979 ahli yang bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap sosioekonomi dan kebajikan ahli-ahlinya.